awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas kawalan keselamatan, lalu lintas Istiadat Keberangkatan Balik YDP siap diatur gerak

Bernama
Bernama
28/01/2024
04:15 MYT
Petugas kawalan keselamatan, lalu lintas Istiadat Keberangkatan Balik YDP siap diatur gerak
Razarudin berkata persiapan yang siap diatur gerak berkenaan termasuk kawalan keselamatan dan kawalan lalu lintas. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah mengatur gerak segala persiapan bagi melancarkan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata persiapan yang siap diatur gerak berkenaan termasuk kawalan keselamatan dan kawalan lalu lintas.
Beliau berkata pengiring-pengiring polis juga telah bersiap sedia melaksanakan tugas di jalan-jalan yang dikenal pasti akan digunakan atau dilalui semasa keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah.
"Kami mengambil maklum dan bersedia (penugasan keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong) serta menempatkan keanggotaan yang mencukupi," katanya kepada Bernama.
Bernama difahamkan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid akan mengeluarkan satu kenyataan media esok berhubung penutupan jalan raya yang terlibat istiadat berkenaan pada Selasa ini.
Seri Paduka akan menamatkan pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Jan.
Al-Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Jan tahun yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ydp agong
#istiadat keberangkatan balik
#IGP
#persediaan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan