awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas media Sarawak terima insentif RM1500

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2020
12:05 MYT
Petugas media Sarawak terima insentif RM1500
Antara lain, Abang Johari turut mengumumkan dana sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan sebagai perbelanjaan modal kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengendalikan Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak. FOTO: BERNAMA
Kerajaan Sarawak mengumumkan bayaran one-off RM1,500 kepada semua petugas media di negeri itu.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun openg berkata, ia sebagai menghargai usaha mereka yang turut berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan menyampaikan informasi terkini sepanjang pandemik COVID-19 di negeri itu.
“Rakan-rakan kabinet telah bersetuju untuk memberikan bayaran sejumlah RM1,500 secara sekali bayar kepada hampir 500 petugas media yang berkhidmat sepanjang penularan wabak ini,” kata Abang Johari.
Antara lain, Abang Johari turut mengumumkan dana sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan sebagai perbelanjaan modal kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengendalikan Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak.
Ia dikhususkan kepada kawasan luar bandar di Sarawak bagi memudahkan urusan perbankan masyakarat pedalaman negeri itu.
“Sebagai permulaan, kaunter bergerak BSN akan beroperasi di Pakan, Sarikei pada 10 hingga 11 Mei 2020 dan perkhidmatan ini akan diperluaskan lagi ke kawasan lain di luar bandar,” tambahnya.
Perkhidmatan cawangan bank bergerak ini turut dilengkapi dengan mesin pengeluaran automatik (ATM) MEPS.
Topic Berkaitan
#ATM
#Bank Simpanan Nasional
#Bantuan Khas Sarawakku Sayang
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Media
#MEPS
#Pakan
#Sarawak
#Sarikei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan