awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pewartaan Taman Kinabalu sebagai Global Geopark dihantar ke UNESCO

Bernama
Bernama
11/03/2021
10:57 MYT
Pewartaan Taman Kinabalu sebagai Global Geopark dihantar ke UNESCO
Dokumen itu dihantar awal tahun ini, selepas Taman Kinabalu kini telah berstatus Geopark Kebangsaan. - Gambar fail/ Bernama
KENINGAU: Taman-Taman Sabah (TTS) telah menghantar dokumen kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk pewartaan Taman Kinabalu sebagai Kinabalu Global Geopark.
Pengarah TTS Maklarin Lakim berkata dokumen itu dihantar pada awal tahun ini, selepas Taman Kinabalu kini telah berstatus Geopark Kebangsaan yang memenuhi kriteria untuk dinilai oleh pihak UNESCO.
Beliau berkata UNESCO telah mengesahkan menerima dokumen itu dan kini TTS dalam proses menyiapkan jadual bagi memenuhi kriteria untuk proses penilaian itu.
"Kita berharap selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), apabila ada kebenaran untuk pihak dari luar datang ke Sabah, penilai daripada UNESCO dapat datang dan membuat penilaian (tapak geopark)," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ulang Tahun Pewartaan Taman Banjaran Crocker (TBC) ke-37 di sini.
Maklarin berkata bagi memenuhi kriteria penilaian itu, TTS mengadakan pelbagai aktiviti sebagai persediaan seperti yang digariskan oleh UNESCO antaranya menyediakan papan tanda di kawasan yang telah diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan.
TTS juga menyediakan galeri pameran dan mengadakan kempen komuniti bersama penduduk di kawasan Geopark Kebangsaan.
Pada 2019 Jawatankuasa Pelaksana (JKP) Geopark Kinabalu telah menjalankan penilaian di kawasan Taman Kinabalu meliputi 4,750 kilometer persegi, melawat 16 geotapak, 10 tapak biologi dan enam tapak budaya sebelum diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan pada 18 Mac tahun lepas.
Sementara itu Pengurus Taman, Taman Banjaran Crocker (TBC) Justinus Guntabid berkata menjaga kawasan TBC yang seluas 139,919 hektar amat mencabar terutama ketika berdepan cabaran kekurangan anggota.
"Di sini ada 74 anggota termasuk 10 renjer yang menjaga kawasan yang seluas dua kali ganda Singapura, oleh itu kerjasama daripada semua komuniti sangat diharapkan," katanya.
Katanya, TBC meliputi lapan daerah iaitu Keningau, Tambunan, Ranau, Tuaran, Penampang, Papar, Beaufort dan Tenom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#kinabalu
#Taman Kinabalu
#Kinabalu Global Geopark
#taman-taman sabah
#Maklarin Lakim
#Geopark Kebangsaan
#pewartaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan