awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA Briged Utara rampas mercun bernilai RM8.16 juta

Bernama
Bernama
17/06/2025
15:02 MYT
PGA Briged Utara rampas mercun bernilai RM8.16 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas 9,053 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun tanpa permit bernilai RM8.16 juta di sebuah gudang di kawasan perindustrian Seberang Perai Tengah, hari ini. - Foto hiasan/BERNAMA
BUTTERWORTH: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas 9,053 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun tanpa permit bernilai RM8.16 juta di sebuah gudang di kawasan perindustrian Seberang Perai Tengah, di sini hari ini.
Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim berkata dalam operasi penguatkuasaan itu, pihaknya berjaya mencegah kegiatan penyimpanan bekalan mercun secara tidak selamat selain turut menahan seorang lelaki tempatan.
"Hasil soal siasat awal mendapati kesemua bekalan mercun yang disimpan di gudang itu diambil dari Pelabuhan Klang, Selangor untuk dipasarkan ke bahagian utara Semenanjung," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau memaklumkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 sedang dijalankan bagi mengesan mereka yang terlibat dalam kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA Briged Utara
#rampas mercun
#Seberang Perai Tengah
#mercun tanpa permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami