KOTA BHARU: Tindakan seorang anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah trak pikap berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan padang sebuah sekolah di Palekbang, Tumpat pada Selasa.
Dalam kejadian jam 6.58 petang itu, kesemua PATI yang ditahan berasal dari India dan Myanmar manakala seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun turut ditahan dipercayai bertindak sebagai transporter.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat, anggota PGA ternampak sebuah trak pikap jenis Nissan Navara yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di hadapan Klinik Kesihatan Tumpat.
"Pihak kami bertindak mengekori kenderaan tersebut dan mengarahkan pemandu untuk berhenti.
"Namun, pemandu bertindak memecut kenderaan ke arah Palekbang dan setelah sampai di lokasi persimpangan lampu isyarat, anggota kami telah turun dari kereta dan menghampiri kenderaan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, suspek sekali lagi bertindak melarikan diri dengan membuat pusingan U dan semasa mengundurkan kenderaan dipandu, anggota bertindak melompat ke bahagian ruang belakang trak pikap itu untuk menyelamatkan diri daripada dilanggar.
Ujarnya, pada masa sama suspek bertindak melanggar kereta dibawa oleh anggota PGA dan melarikan diri bersama seorang lagi anggota yang masih berada di ruang kenderaan terbabit.
Muhamad Zaki memberitahu, suspek memecut kenderaannya secara berbahaya ke arah Morak.
"Bagi mengelakkan bahaya dan demi keselamatan orang awam, anggota terbabit telah melepaskan dua das tembakan di bahagian tayar belakang sebelah kanan menyebabkan tayar trak pikap terbabit pecah, namun suspek tetap memecut kenderaan ke kawasan padang sebuah sekolah di Palekbang sebelum berhenti.
"Hasil pemeriksaan mendapati pemandu warga tempatan membawa tujuh PATI terdiri dari dua lelaki dan dua wanita India serta tiga lelaki Myanmar yang berada di dalam kenderaan tersebut," katanya.
Menurut Muhamad Zaki, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu turut menjumpai satu plastik lut sinar di dalamnya terdapat sebutir pil warna kemerahan disyaki dadah.
Ujarnya, kesemua suspek ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Chabang Empat untuk tindakan selanjutnya.
"Suspek yang memandu kenderaan itu didapati mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkait kes narkotik dan ditahan di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012).
"Manakala tujuh PATI terbabit ditahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kes disiasat bawah Seksyen 26 A ATIPSOM (Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007) 2007 / 6(1)(c) Akta Imigresen 1963," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 11 2023
Trak pikap yang digunakan oleh suspek untuk membawa PATI. - Foto PDRM
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Polis rampas tiga jenis burung bernilai RM40,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas tiga jenis burung yang disimpan tanpa kebenaran bernilai hampir RM40,000 di Kampung Dusun Durian, Tawang, Bachok hari ini.
PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand
Sebanyak 13,000 kilogram (kg) gula untuk diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kulim Wakaf Bharu, Tumpat semalam.
Penghantar tumbuhan ditahan seludup lebih 1,000 anak pokok dari negara jiran
Hasil pemeriksaan menemukan 700 anak pokok bidara, 298 pokok longan, 200 pokok jambu muda dan 98 pokok jenis Buchida Batik dipercayai dibawa tanpa dokumen yang sah.
Dua lelaki ditahan seludup pelbagai kotak barangan runcit bernilai lebih RM100,000
PGA mengesan sindiket itu selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
PGA rampas 13 lembu seludup dari Thailand
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dengan penahanan sebuah lori membawa 13 ekor lembu di Pasir Mas.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Polis tahan warga Thailand seludup ganja bernilai lebih RM16,000
Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ketulan mampat daun dianggarkan bernilai RM16,014 di sebuah stesen minyak di Salor.
Polis tumpas sindiket seludup lembu di Kelantan
Pasukan PGA menumpaskan sindiket penyeludupan 16 ekor lembu dianggarkan bernilai RM156,000 di Pasir Mas, Kelantan.