MALAYSIA
PGA rampas lebih tujuh tan barang kawalan cuba diseludup ke Thailand

PGA Batalion 8 berjaya merampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi termasuk minyak masak, beras dan gula dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 berjaya merampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi termasuk minyak masak, beras dan gula dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan.
Ringkasan AI
- PGA Batalion 8 merampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi seperti minyak masak, beras dan gula dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan, dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM63,000.
- Dalam serbuan pertama di Tumpat, seorang lelaki ditahan kerana menyimpan barang tanpa lesen sah, manakala dalam operasi kedua di Pasir Mas, suspek melarikan diri meninggalkan kenderaan berisi minyak masak yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand.
- Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan diserahkan kepada KPDN Kelantan untuk tindakan lanjut.
"Kesemua barangan tersebut disyaki disimpan tanpa lesen sah daripada KPDN," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata dalam operasi kedua pula, pihaknya merampas 442 paket minyak masak yang ditemukan dalam sebuah kenderaan mencurigakan selepas suspek melarikan diri meninggalkan kenderaan tersebut di tepi Jalan Besar Kampung Siram, Pasir Mas, kira-kira 4 petang, semalam.
"Suspek dipercayai cuba menyeludup minyak masak berkenaan ke Thailand. Anggaran nilai rampasan termasuk kenderaan ialah RM31,000 dan kes diserahkan kepada KPDN Kelantan untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami