awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tahan lelaki bawa ganja lebih 16 kg di pangkalan haram

Bernama
Bernama
17/02/2025
15:30 MYT
PGA tahan lelaki bawa ganja lebih 16 kg di pangkalan haram
Suspek dipercayai memperoleh bekalan dadah dari negara jiran dan akan menghantar bekalan itu ke sebuah kenderaan berdekatan pangkalan haram tersebut. - Gambar PGA Briged Tenggara
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan merampas 16.17 kilogram (kg) dadah jenis ganja dianggarkan bernilai lebih RM50,000, di pangkalan haram Hassan Merah dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan pada kira-kira 7 pagi, dilakukan pasukan anggota Batalion 8 PGA yang melihat lelaki itu membawa tiga bungkusan dalam keadaan mencurigakan.
"Ketika hendak ditahan lelaki itu bertindak melarikan diri dan melepaskan bungkusan daripada tangannya, namun berjaya ditahan walaupun berlaku sedikit pergelutan.
"Pemeriksaan terhadap tiga bungkusan itu menemukan 34 kotak pelbagai saiz mengandungi dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
Suspek dipercayai memperoleh bekalan dadah dari negara jiran dan akan menghantar bekalan itu ke sebuah kenderaan berdekatan pangkalan haram tersebut.
Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#ganja
#pangkalan haram
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan