awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tumpas 431 kes rentas sempadan, rampasan bernilai RM18.5 juta

Bernama
Bernama
10/04/2024
09:45 MYT
PGA tumpas 431 kes rentas sempadan, rampasan bernilai RM18.5 juta
Sheik Azhar (kanan) menyampaikan sumbangan biskut raya kepada petugas ketika meninjau penugasan Op Taring Wawasan di Balai Polis Jeram Perdah, hari ini. - Gambar/ Bernama
PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta dalam menangani 431 kesalahan jenayah yang dikesan di sempadan negara sejak Januari hingga Mac lepas.
Komander Briged Tenggara SAC Sheik Azhar Sheik Omar berkata rampasan itu melibatkan barangan kontraban, dadah, senjata api dan lain-lain yang cuba diseludup melalui sempadan Malaysia-Thailand.
"Kejayaan ini adalah hasil kolaborasi PGA bersama penguat kuasa lain yang berkongsi maklumat untuk membantu menumpaskan kegiatan penyeludupan.
"Kita terus komited dalam melaksnakan penugasan Op Taring Wawasan dengan penambahbaikan infrastruktur serta aset logistik bagi melancarkan penugasan untuk mengawal sempadan negara," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan biskut raya kepada petugas di Balai Polis Jeram Perdah, di sini hari ini.
Sheik Azhar berkata dalam tempoh sama pihaknya turut menahan 379 pendatang tanpa izin di sempadan Malaysia-Thailand melalui operasi yang dijalankan.
"Sebanyak 322 lelaki dan 57 wanita telah ditahan dan majoriti daripada mereka berasal dari Myanmar, Thailand, Bangladesh, Pakistan, Kemboja, China dan India.
"Pendatang ini memasuki negara melalui pangkalan haram dengan pelbagai tujuan termasuk mencari peluang pekerjaan di negara ini," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut menempatkan lebih 300 anggota untuk bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand melalui pelaksanaan Op Taring Wawasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri bagi mengekang jenayah rentas sempadan.
"Anggota akan melakukan rondaan secara berkala 24 jam di kawasan Sungai Golok yang cetek bagi menghalang pergerakan keluar masuk secara haram.
"Kita akan beri tumpuan di pangkalan haram seperti Ibrahim Pencen, selain turut menggunakan dron untuk mengawal sempadan termasuk menerima bantuan dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#Kelantan
#jenayah sempadan
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan