JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata kedua-dua pihak turut berbincang mengenai pengagihan kerusi meskipun gabungan parti itu berpendirian tiada keperluan PRN di negeri itu diadakan ketika ini, namun tetap bersedia jika pengumuman itu dibuat.
"Namun, pendirian kita pilihan raya itu tidak wajar, memandangkan rakyat masih berduka kerana berdepan dengan ancaman COVID-19, banjir dan tekanan ekonomi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mengenai persiapan pakatan itu menghadapi PRN berkenaan, Aminolhuda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani berkata pihaknya akan mempertaruhkan rekod perkhidmatan baik kerajaan negeri di bawah PH selama 22 bulan sebelum ini.
"Kita ada 'track record' yang baik sepanjang 22 bulan mentadbir kerajaan negeri....Oleh itu, kita berharap rakyat khususnya pengundi Johor dapat menilai prestasi ditunjukkan termasuklah program bantuan air percuma, kad sihat B40 dan kad takaful warga emas," katanya.
BACA: Sultan Johor perkenan bubar Dewan Undangan Negeri Johor
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse yang juga ADUN Bukit Batu berkata PRN Johor bakal menyaksikan situasi berbeza berbanding keputusan dicatat PH dalam PRN Melaka dan Sarawak, sebelum ini.
"Kita akan utamakan calon tempatan dengan kemungkinan menambah jumlah calon muda dan wanita dalam PRN Johor, namun fokus utama tetap kepada isu pendapatan orang Johor terutamanya dengan isu barang naik akan menjadi isu tumpuan rakyat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang juga ADUN Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad berkata semua blok pembangkang perlu ada persefahaman di bawah konsep 'khemah besar' bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.
Sebelum ini, PH Johor dalam satu kenyataan menyatakan komitmen mereka untuk memastikan kestabilan politik negeri Johor dengan menyokong kepimpinan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sehingga tamat penggal, sekali gus menolak PRN negeri diadakan.
Khabar angin mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bertiup kencang, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian bulan lepas menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.
Pada masa ini, kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata kedua-dua pihak turut berbincang mengenai pengagihan kerusi meskipun gabungan parti itu berpendirian tiada keperluan PRN di negeri itu diadakan ketika ini. - Gambar fail
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
PN Johor bincang PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram minggu depan
PN Johor akan mengadakan mesyuarat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada minggu depan.
PH Johor tidak akan tuntut jawatan Exco Kerajaan Negeri
PH Johor yakin dengan kepemimpinan dan kestabilan politik negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika ini.
PH Johor tidak akan cadangkan perubahan komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri
Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan mencadangkan apa-apa perubahan dalam komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
PRU15: Jentera PH Johor tidak terbabit isu khianat bendera parti - Salahuddin Ayub
Salahuddin berkata beliau juga yakin parti-parti politik lain turut mengamalkan politik yang matang.
PRU15: PH Johor sasar menang 22 daripada 26 kerusi Parlimen
Pakatan Harapan (PH) Johor menyasarkan untuk memenangi 22 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: PH Johor umum senarai calon 3 November
Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding di 26 kerusi parlimen pada 3 November.
PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.
PH Johor tolak pelaksanaan PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada waktu ini, kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan rakyat sedang mengalami krisis kesihatan COVID-19 dan ekonomi.
PH Johor akan mengadap Sultan Ibrahim
PH Johor akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar secepat mungkin kerana mendakwa mempunyai jumlah kerusi mencukupi bagi menerajui kerajaan negeri.