Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tidak timbul isu undi tidak percaya terhadap Tun Mahathir Mohamad kerana Pakatan Harapan (PH) menyokong kuat beliau sebagai perdana menteri.
"Tidak timbul isu undi tidak percaya. Hari ini kita Pakatan Rakyat telah menekankan untuk memberi sokongan yang kuat dan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, turut menegaskan tidak wujud masalah menteri gagal menjalankan tugas kerana mereka bekerja secara kolektif bagi membentuk dasar yang lebih responsif kepada rakyat.
"Dalam jemaah menteri kabinet kita bincang secara bersama dan muafakat kerana muafakat itulah yang telah membawa kejayaan," katanya.
BACA: Senarai viral undi tidak percaya pada PM hanya agenda politik pembangkang - Liew
BACA: Undi tidak percaya: UMNO hanya akan sokong Dr Mahathir jika ada kebaikan
Beliau berkata selain itu, kerajaan juga menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di luar kerajaan bagi mendapat pandangan daripada pakar dan tokoh akademik.
Katanya kerajaan juga berusaha mendengar pandangan, khususnya daripada golongan swasta dan akademik, agar pembentukan sesuatu dasar dapat dibuat secara seimbang.
"Kita buat kerja secara kolektif, secara bersama. Kita mengambil sikap yang inklusif, kita ambil sikap pandangan semua dalam membentuk satu dasar yang lebih responsif kepada masalah rakyat. Kita (kerajaan) bukan eksklusif macam UMNO dan Barisan Nasional," katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang bertanya mengenai rasional penubuhan MTEN sedangkan sebelum ini kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang membawa pembentukan kabinet yang sedang berfungsi sekarang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2019
AZMIN: "Kita Pakatan Rakyat telah menekankan untuk memberi sokongan yang kuat dan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad." - Foto Bernama
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.