KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menjadi sosok lengkap untuk 'poster boy' bagi PH dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menurut Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis, Anwar dilihat lebih menyerlah dalam kalangan ahli-ahli politik dari parti komponen PH yang lain termasuk DAP dan Amanah.
Malah daripada keseluruhan tokoh yang ada katanya, Anwar memiliki pakej yang lengkap untuk PH pertaruhkan dalam PRU15 nanti.
"Jelas Anwar itu memiliki pakej yang lengkap bukan sahaja faktor penyatu dalam Pakatan Harapan tetapi jug afaktor-faktor lain (termasuk) jaringanya dalam hubungan antarabangsa, hubungan dengan institusi, populariti dan juga pengalamannya sebagai anggota kerajaaan (sebelum ini) iaitu Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Itu jadi satu pakej yang melengkapi dalam konteks Anwar sebagai 'poster boy' dalam Pakatan Harapan," kata Mujibu, dalam satu temu bual di Astro AWANI, pada Jumaat.
Fungsi 'poster boy' ini masih memberi pengaruh terhadap pengundi memandangkan ia melambangkan keseluruhan parti yang diwakili, menurut Mujibu.
Bagaimanapun, PH jelasnya mempunyai tugas yang besar memandangkan mereka berdepan dengan isu untuk memenangi kembali hati rakyat selepas apa yang berlaku selama 22 bulan era permintahan mereka satu ketika dahulu.
"Sudah tentu cabaran paling berat Pakatan Harapan ini adalah bagaimana untuk kembali memenangi hati rakyat dan menyakinkan mereka bahawa Pakatan Harapan ialah sebuah 'kerajaan menanti' yang dilihat mampu untuk melakukan perubahan.
"Sudah tentulah membetulkan beban selama 22 bulan menjadi kerajaan itu dilihat tidak berkesan oleh rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa ketika itu kerajaan PH yang memerintah tidak menggambarkan keseluruhan PH kerana Perdana Menteri yang memimpin PH ketika itu tidak mewakili semangat reformasi," tambahnya.
Menurutnya, tidak adil untuk menilai prestasi sebenar PH hanya dalam tempoh tersebut memandangkan ia lebih menjurus kepada tempoh yang dilihat pramatang bagi sesebuah kerajaan.
Ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Barisan Nasional, yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun ketika ini, mampu membuka semula peluang secara terbuka kepada parti lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Ia mampu membantu PH untuk meningkatkan lagi serangan terhadap parti lawan berbanding BN yang mungkin terpaksa mengambil pendekatan yang 'defensive' dalam PRU-15 nanti.
"Kita akan menjangkakan bahawa BN akan lebih defensive, saya menjangkakan juga daripada kes pemenjaraan Datuk Seri Najib ini pilihan raya itu akan dipanjangkan kerana adanya konflik dalaman di dalam UMNO disebabkan ada lagi tokoh-tokoh UMNO yang terkait dengan kes mahkamah," katanya.
Eksploitasi terhadap isu-isu semasa seperti isu rasuah dan salah guna kuasa termasuk dengan menimbulkan kes-kes baharu yang sudah mula mewarnai ruang perbincangan awam akan memberi kesan terhadap UMNO dalam PRU-15 nanti, tambah Mujibu.
Malah katanya, hukuman terhadap Najib juga akan mengimbangi medan pertarungan antara BN dan juga PH dalam PRU15 yang sekaligus akan menyaksikan saingan menjelang hari pengundian.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Aug 26 2022
Fungsi 'poster boy' ini masih memberi pengaruh terhadap pengundi memandangkan ia melambangkan keseluruhan parti yang diwakili, menurut Mujibu. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).