KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), bersedia meningkatkan pengeluaran vaksin Sinovac daripada dua juta kepada empat juta dos sebulan bagi membantu kerajaan mempercepat program vaksinasi dan mencapai imuniti kelompok.
Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata Pharmaniaga kini menunggu kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan China (CFDA) untuk mengeluarkan vaksin dua dos sebotol sebelum mengemukakannya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
"Kapasiti pengeluaran dijangka meningkat kepada empat juta dos sebulan jika permohonan untuk mengeluarkan vaksin dua dos sebotol diluluskan. Kami menjangkakan penilaian akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minggu selepas ia dikemukakan kepada NPRA, yang akan disusuli dengan satu lagi ujian kestabilan untuk vaksin dua dos sebotol.
"Semua syarat ini adalah amalan standard dalam industri vaksin bagi memastikan ia selamat sebelum diedarkan kepada orang ramai," katanya dalam sidang akhbar yang berlangsung secara hibrid di sini hari ini.
Beliau berkata setakat 23 Mei lepas, kilang berteknologi tinggi PLS telah menyiapkan pengeluaran vaksin COVID-19 jenis Sinovac secara 'fill and finish' sebanyak 1,889,800 dos.
Zulkarnain berkata daripada jumlah tersebut, kilang yang menerima pengiktirafan Kesatuan Eropah itu telah menyerahkan sebanyak 290,480 dos kepada Kementerian Kesihatan pada 11 Mei lepas, yang merupakan sebahagian daripada 200 liter vaksin pukal yang diterima pada Februari untuk pengesahan proses.
"Sejumlah 320,000 dos kini menunggu kelulusan NPRA sebelum diedar untuk kegunaan rakyat. Sejumlah 319,320 dos dalam proses penghantaran manakala baki 960,000 dos menjalani 12 ujian kawalan kualiti sebelum proses Lot Release bagi kelulusan NPRA yang dijangka selesai menjelang akhir bulan ini," katanya.
Beliau berkata kilang itu juga dijangka mengeluarkan sejumlah 720,000 dos vaksin secara 'fill and finish' yang prosesnya telah dimulakan pada Ahad lepas dan dijangka selesai pada 31 Mei 2021 sebelum menjalani 12 ujian kawalan kualiti.
PLS berharap untuk mengeluarkan dua juta dos lagi vaksin Sinovac secara 'fill and finish' pada Jun dan menerima tiga juta dos dari China, menjadikan jumlah keseluruhan bagi bulan itu dijangka mencecah lima juta dos.
Katanya syarikat itu juga sedang menunggu kelulusan CFDA untuk mengeluarkan vaksin COVID-19 jenis Sinovac untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun dan berharap ia boleh dilaksanakan pada suku ketiga atau keempat tahun ini, tertakluk kepada kelulusan.
Zulkarnain juga berkata PLS adalah pengedar tunggal Sinovac di Malaysia dan semua pihak perlu melalui syarikat itu jika mereka berhasrat untuk menyumbangkan vaksin tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
Zulkarnain juga berkata PLS adalah pengedar tunggal Sinovac di Malaysia dan semua pihak perlu melalui syarikat itu jika mereka berhasrat untuk menyumbangkan vaksin tersebut. - Gambar fail/ Reuters
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Pharmaniaga serah pelan penyusunan semula PN17 kepada Bursa Securities
Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) telah menyerahkan pelan penyusunan semula kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk syarikat itu dilepaskan daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Kegagalan 104 ventilator: Tiada perjanjian bertulis KKM, PLSB - PAC
Ketiadaan perjanjian bertulis antara KKM dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.
Pharmaniaga lakar inisiatif strategik tangani status PN17
Pharmaniaga gariskan pelan strategik untuk menangani cabaran-cabaran yang dibentangkan oleh status Nota Amalan 17 (PN17).
Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.
LTAT yakin mampu struktur semula Boustead dalam tiga tahun
Ahmad Nazim berkata pendedahan besar pelaburan LTAT dalam Boustead menyebabkan dana persaraan itu sukar untuk menikmati pulangan dividen sebenar.
Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17
Perolehan merosot kepada RM3.51 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin COVID-19.
Pharmaniaga berjaya pasang mesin pengisian pre-filled syringe pertama di Malaysia
Kilang vaksin itu sebahagian pelan pembangunan berterusan Pharmaniaga ke arah menjadi kilang pengeluaran vaksin Halal pertama di dunia.
Pharmaniaga dapat lanjutan enam bulan pembekalan ubat ke KKM
KKM turut mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhds dalam tempoh interim sebelum ini.
Pharmaniaga, Bionet meterai Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan Vaksin Hexavalent Kanak-kanak
Pharmaniaga dan BioNet menandatangani Perjanjian Kerjasama Penyelidikan (RCA) bagi membangunkan vaksin kombinasi 6 dalam 1 (Vaksin Hexavalent) untuk kanak-kanak di Malaysia.
Pharmaniaga mulakan program penyahkarbonan
Antara inisiatif utama pihaknya adalah penggunaan kenderaan elektrik bagi penghantaran ubat-ubatan ke hospital dan klinik kerajaan.