MALAYSIA berjaya memperbaiki kedudukan ranking FIFA dengan melonjak sebanyak 4 anak tangga selepas perlawanan terakhir Piala Asia menentang Korea pada Khamis.

Perlawanan menarik yang berkesudahan dengan jaringan 3-3 itu memastikan Harimau Malaya berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata dan menyaksikan kedudukan kini berubah ke tangga 132 dunia.

Sebelum ini, kedudukan semasa ranking Harimau Malaya berada di tangga 136 selepas tewas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023.

Malaysia menamatkan kempen Piala Asia Qatar 2023 dengan kedudukan terakhir kumpulan E dengan satu mata selepas tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), manakala seri dengan Korea (3-3). - Stadium Astro