awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final

Bernama
Bernama
07/02/2024
22:00 MYT
Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final
GHALEHNOY: Saya memohon maaf kepada rakyat Iran kerana kita sepatutnya ke final tetapi tidak berjaya. - Foto AP
DOHA: Jurulatih Iran, Ardeshir Ghalehnoy memohon maaf kepada peminat 'Team Melli' kerana gagal membawa pasukan tersebut ke final Piala Asia 2023 selepas tewas 2-3 kepada juara bertahan Qatar dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Al Thumama di sini, malam tadi (waktu Malaysia tengah malam).
Ghalehnoy berkata pasukan itu mempunyai tanggungjawab untuk menggembirakan seluruh rakyat Iran tetapi kegagalan melakukan penyudahan beberapa peluang terhidang merupakan faktor terbesar yang membawa kepada kekalahan.
"Saya memohon maaf kepada rakyat Iran kerana kita sepatutnya ke final tetapi tidak berjaya. Saya berterima kasih kepada seluruh kakitangan kejurulatihan dan pegawai pasukan serta semua pemain.
"Babak kedua persembahan terbaik kami dengan banyak percubaan yang baik tetapi inilah bola sepak, apabila kita tidak mendapat apa yang kita perlukan daripada peluang yang kita cipta, kita akan dihukum," katanya dalam sidang media selepas perlawanan di sini.
Pada masa yang sama, walaupun mempertahankan kelebihanan pasukannya dari segi taktikal namun Ghalehnoy tetap bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan itu.
"Dari segi taktikal, kami memiliki perlawanan yang sangat baik, jika anda mencari seseorang untuk dipersalahkan ia adalah saya, bukan persatuan (Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran). Ini adalah hari paling malang dalam hidup saya," katanya.
Dalam perlawanan itu, Iran mendahului seawal minit keempat melalui Sardar Azmoun sebelum tertinggal 1-2 selepas Jassem Gaber Abdulsallam menyamakan kedudukan pada minit ke-17 diikuti dengan gol kedua Qatar oleh Akram Afif pada minit ke-43.
Iran, yang menyingkirkan pilihan utama Jepun 2-1 pada suku akhir, kemudian mengikat kedudukan 2-2 menerusi sepakan penalti Alireza Jahanbakhsh pada minit ke-51 tetapi Almoez Ali, penjaring terbanyak edisi 2019, memastikan Qatar mara ke final dengan gol kemenangannya pada minit ke-82.
Kekalahan itu menyaksikan Iran terus gagal menjejakkan kaki ke final Piala Asia selepas kali terakhir berbuat demikian ketika memenangi gelaran ketiga pada tahun 1976 di Tehran.
-- BERNAMA
Keputusan, jadual dan berita terkini Piala Asia Qatar 2023 di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Qatar
#Piala Asia 2023
#Ardeshir Ghalehnoy mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan