Jaringan tunggal Mauricio dos Santos memastikan kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas Kedah dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia musim 2020, kedua-dua pasukan memulakan permainan dalam stadium baru juara bertahan itu dengan seimbang apabila saling melancarkan serangan.
Beraksi di laman sendiri, JDT yang diperkuat barisan sokongan padu penyokong tidak terkesan dengan corak serangan pantas trio skuad Lang Merah -- Kpah Sherman, Tchetche Kipre dan Hadin Azman -- yang memiliki peluang untuk mendahului permainan namun gagal menemui sentuhan jaringan.
Sebelum tamat separuh masa pertama, pemain pertahanan, Mauricio, bijak mencari ruang untuk menanduk masuk hantaran Gonzalo Cabrera untuk meletakkan skuad kendalian Benjamin Mora mendahului 1-0.
Juara Liga Super enam kali itu menggandakan asakan dalam separuh masa kedua dalam usaha untuk mencari gol tambahan, pada minit ke-53, Safawi Rasid berjaya melepaskan percubaan namun sekadar melewati palang gol.
Anak buah Aidil Shahrin Sahak berusaha untuk bangkit memberikan tentangan namun barisan pertahanan JDT terlalu ampuh dan kemenangan memihak buat JDT sekali gus meraih tiga mata bagi saingan Liga Super.
Astro Arena
Fri Feb 28 2020
Pemain JDT Mauricio Dos Santos Nascimento berjaya menaduk bola walaupun dicabar beberapa pemain Kedah pada Perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Puluhan terbunuh dalam pertempuran antara kaum di DR Congo - PBB
Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo.
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel satu tindakan berani - Nga
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang dilakukan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu langkah berani.
'Terpaksa jadi kekwat' - Sarimah Ibrahim sanggup belanja RM50,000 untuk jiwai watak
Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Sorakan penyokong menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura
Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan sedang dijalankan.
Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis
Sasaran subsidi secara tepat dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Serangan balai polis Ulu Tiram: JKM sedia beri kaunseling pada keluarga mangsa - Noraini
JKM akan menyediakan sesi kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas.
Penempatan 747 pegawai perubatan siswazah ringankan beban petugas kesihatan - KKM
Sejumlah 747 pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah masing-masing akan ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.
Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA
Jaguh skuasy negara S Sivasangari merupakan antara lima pemain wanita terbaik dunia yang dicalonkan bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Subsidi diesel bersasar: Apa yang kita dapat?
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science and Technology
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.