KUALA LUMPUR: Ganjaran lumayan dijanjikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada atlet yang bakal menggalas cabaran negara ke Piala Thomas 2024 menjadi pembakar semangat dan motivasi untuk meraih kejayaan sensasi di Chengdu, China, kata ketua pasukan negara Soh Wooi Yik.
Wooi Yik yang bergandingan dengan Aaron Chia bagaimanapun berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan tersebut.
"(Ganjaran?) Memang membakar dan tambah motivasi. (Saya sudah tengok) Piala Thomas sejak kecil dan ini permainan berkumpulan bukan sendiri (jadi) kena menang baru dapat ganjaran.
"Ikatan (antara pemain) mesti bagus dan saling tolong-menolong sebab bukan selalu (kejohanan ini). Saya fokus kepada permainan dan tidak fikir banyak sangat pasal ganjaran," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada skuad Piala Thomas dan Uber negara di sini, hari ini.
Pemain berusia 26 tahun itu berkata menjadi tanggungjawabnya bersama Aaron serta pemain perseorangan Lee Zii Jia sebagai pemain senior untuk berkongsi kepakaran mereka dengan pemain junior yang akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan berkenaan.
"Kita pergi sebagai satu pasukan dan saling membantu sebab anggota pasukan bukan sahaja saya, ada Aaron dan Zii Jia membantu menyelesaikan masalah sebab ada junior jarang berhubung dengan mereka sekarang lebih rapat jadi harap (dapat) pamerkan semangat baik di Piala Thomas," katanya.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria terdahulu memaklumkan BAM ketika ini berada dalam keadaan selesa untuk memberi insentif lumayan kepada pemain sekiranya skuad negara berjaya mencapai kejayaan di kejohanan berprestij itu.
Sementara itu, Wooi Yik mengakui pasukan negara mempunyai peluang seimbang berdepan Hong Kong pada aksi sulung dan beregu lelaki diharap mampu mencuri mata untuk memastikan kemenangan pada pusingan pertama.
Bagi ketua skuad Piala Uber negara Teoh Mei Xing, 27, beliau mahu rakan sepasukan menghargai peluang beraksi di kejohanan tersebut dengan memberikan persembahan terbaik mereka.
BAM menyenaraikan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian bagi membawa cabaran negara ke Piala Thomas 2024, yang diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah yang juga juara 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria.
Bagi saingan Piala Uber 2024, skuad negara terdiri daripada Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Go Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee dan Chan Wen Tse, bakal berdepan tugas berat apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Australia.
Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung pada 27 April hingga 5 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Wooi Yik yang bergandingan dengan Aaron Chia bagaimanapun berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan. - Gambar fail
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?
Persoalan itu timbul selepas BAM mengiklankan di Facebook mengenai pencarian tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior, hari ini.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.