KUALA LUMPUR: Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Perkembangan itu dikongsikan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky yang memaklumkan keputusan berkenaan dicapai semalam setelah perbincangan mendalam bersama barisan kejurulatihan serta pengurusan.
"Kita gugurkan (Tze Yong) kerana keadaan dia tak memungkinkan untuk main, jadi kita buat keputusan dalam mesyuarat setelah berbincang.
"Kita memilih Hon Jian berdasarkan perbincangan dengan jurulatih beregu dan perseorangan selain perbincangan pihak pengurusan...kita harus melihat (keputusan) ini yang diperlukan pasukan dalam Piala Thomas," katanya kepada pemberita di ABM Bukit Kiara di sini hari ini.
Selasa lepas Rexy memaklumkan Tze Yong perlu menjalani pengimejan resonans magnetik (MRI) susulan kecederaan tulang belakang yang dialaminya sekali gus bagi menentukan tahap kecergasan pemain di ranking ke-18 dunia itu.
Tze Yong disahkan mengalami kecederaan itu pada Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, Februari lepas dan telah menjalani pembedahan.
Rexy berkata pemain negara ketika ini berada dalam keadaan positif untuk bertarung di China serta berharap Hon Jian, 23, akan menyertai kem latihan pusat di ABM secepat mungkin untuk mendapatkan semangat kerjasama berpasukan.
"Orang melihat bahawa pasukan kita ini seperti kelam-kabut tapi kita menunjukkan bahawa kita tetap fokus dan kem latihan ini berjalan lancar...dan saya rasa ini mungkin suatu kesempatan (untuk Hon Jian dan pasangannya Muhammad Haikal Nazri), mereka teruja (dengan) kesempatan yang diberikan," katanya.
Menurut Rexy, pemain beregu Soh Wooi Yik dipilih sebagai ketua pasukan bagi kejohanan badminton berpasukan itu yang akan bermula pada 27 April hingga 5 Mei ini di Chengdu.
Ditanya peluang negara mengatasi Hong Kong dalam pusingan pertama, Rexy berkata pemain perlu berwaspada apabila berdepan laluan rumit dan jika semuanya berjalan lancar, beliau menjangkakan skuad negara mampu memenangi perlawanan itu dengan mata 3-2 atau 4-1.
"Ya, memang kalau lawan Hong Kong sesuatu yang agak rumit...kalau boleh lepas Hong Kong, bererti sebelah kaki sudah di suku akhir.
"Kita bergantung pada dua perseorangan dengan adanya Lee Zii Jia dan Junhao naik pemain kedua (selepas Ng Tze Yong digugurkan)," katanya.
BAM sebelum ini menyenaraikan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Muhammad Haikal Nazri dan terkini, Hon Jian bagi membawa cabaran negara ke Piala Thomas 2024.
Malaysia, selaku pilihan kelima kejohanan, diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah yang juga juara 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria.
Dalam pada itu, Rexy menerusi kenyataan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata badan induk itu tidak akan sama sekali berkompromi dengan kesihatan pemain berusia 24 tahun itu yang mengalami keadaan jarang jumpa selepas pembedahan endoskopi tulang belakang.
"Susulan rundingan dengan kedua-dua doktor Institut Sukan Negara (ISN) dan doktor yang menjalankan pembedahan ke atas beliau, Tze Yong akan menjalani pembedahan untuk merawat simptom dan melanjutkan pemulihannya...beliau telah dikeluarkan daripada skuad Piala Thomas.
"Kesihatan dan kesejahteraan Tze Yong adalah yang paling utama...kami mesti melakukan apa yang terbaik untuk Tze Yong dan pastikan beliau sembuh sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Tze Yong yang mengalami kecederaan tulang belakang digugurkan daripada skuad Piala Thomas 2024 Malaysia. - Gambar fail
Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula
Naib juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya di Terbuka Singapura, hari ini.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) menggantikan keupayaan dan profesion wartawan tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada kerjaya itu.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
PDRM tahan 18 ahli kumpulan kongsi gelap TR
Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau dikenali sebagai Sosma atas kesalahan terlibat jenayah terancang.
KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan cara mengubah suai lori yang disertakan tangki tambahan untuk mengisi bahan api terbabit dalam serbuan di Ipoh, Perak, Jumaat lepas.
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
[TERKINI] KKM kesan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
KKM berkata produk terlibat adalah N Glowing EWSB, Karisma Golden Turmeric Cream dan SL Two Intensive.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Sembilan rumah kedai musnah terbakar
Sembilan unit rumah kedai jenis separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Benta dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu.
Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.