awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Matahari muncul semula - Holgado
Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat
Melangkah bersama kelestarian: Komitmen Ajinomoto (Malaysia) Berhad demi masa depan lebih hijau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: 94.2 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/10/2021
21:35 MYT
PICK: 94.2 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin
Seramai 1,218,000 atau 38.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 23,265,448 individu atau 71.2 peratus daripada populasi keseluruhan negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 77.4 peratus atau 25,285,399 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi dewasa, seramai 22,047,448 individu atau 94.2 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.
Manakala, 97.3 peratus atau 22,775,864 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.6 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus), Negeri Sembilan (100.8 peratus), Pulau Pinang (97 peratus), Perlis (96.3 peratus), Johor (95.2 peratus), Melaka (91.5 peratus), Sarawak (90.8 peratus) dan Terengganu (90.5).
Ini diikuti Kedah (85.5 peratus), Perak (84.9 peratus) dan Pahang (83.8 peratus).
Paling rendah adalah Sabah (71.3 peratus), diikuti Kelantan (77.1 peratus).
Selain itu, seramai 1,218,000 atau 38.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 256,497 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 48,437,608 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#suntikan
#vaksin
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan