KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyeru semua pihak berkepentingan dalam melindungi kanak-kanak supaya berganding bahu serta mewujudkan persekitaran kondusif dan inklusif dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang mampu mengesan kanak-kanak terabai.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Dr Farah Nini Dusuki berkata, ia hanya akan dapat dicapai apabila semua pihak berkepentingan dengan kepakaran, pengalaman dalam perjuangan, sumber dan kebijaksanaan masing-masing, bekerjasama ke arah merealisasikan hak kanak-kanak.
Selain itu, beliau berkata, satu pendekatan silang yang berasaskan kepada penyelesaian bagi mengenal pasti dan menghapuskan sebarang halangan kepada usaha progresif dalam mempromosi serta melindungi hak asasi kanak-kanak adalah diperlukan.
Untuk itu, beliau mengesyorkan satu usaha kolektif untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tetap Antara Agensi dengan keahliannya terdiri daripada sektor kerajaan dan masyarakat Madani bagi membangunkan platform pemetaan untuk mengenal pasti jurang, mengumpul sumber dan mengatur tindak balas.
"Memandangkan fungsi demokratik dipegang oleh entiti awam dan swasta, maka satu platform dialog wajar untuk menyemak dan menyatukan tindakan utama bagi tindak balas operasi yang sistematik," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Farah Nini berkata, walaupun Malaysia telah menghasilkan pencapaian signifikan dalam perundangan yang melindungi dan mempromosi hak dan kepentingan kanak-kanak, usaha yang tidak bersepadu dan perkhidmatan yang bertindih oleh pelbagai agensi kerajaan dikesan berlaku dalam tindak balas kepada pengurusan isu kanak-kanak.
"CC yakin bahawa meskipun mekanisme perlindungan telah diwujudkan dengan baik dalam kerangka perundangan, sistem tersebut masih memerlukan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan tindak balas secara keseluruhan.
"Terdapat jurang antara kemajuan reformasi perundangan dengan pelaksanaan bermakna oleh pegawai penguat kuasa yang terlibat, yang menjejaskan usaha yang dilakukan dalam menggubal undang-undang yang lebih baik," katanya.
Selain itu. beliau berkata, perkhidmatan perlindungan sedia ada untuk kanak-kanak belum memenuhi indikator perlindungan yang dimaksudkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
"CC percaya bahawa tanggungan tugas pentadbiran awam dan perlindungan hak kanak-kanak adalah tidak saling eksklusif sebaliknya, menghormati hak kanak-kanak adalah mustahak dalam mentadbir negara secara mapan dan progresif," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini Dusuki berkata, ia hanya akan dapat dicapai apabila semua pihak berkepentingan bekerjasama ke arah merealisasikan hak kanak-kanak. - Gambar SINAR HARIAN
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika

Pihak berkepentingan diseru ganding bahu, sediakan jaringan keselamatan sosial kesan kanak-kanak terabai
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini Dusuki berkata, ia hanya akan dapat dicapai apabila semua pihak berkepentingan bekerjasama ke arah merealisasikan hak kanak-kanak.

Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.

Suruhanjaya Kanak-Kanak badan berkanun bebas lindungi kanak-kanak
Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bakal ditubuhkan akan berfungsi sebagai sebuah badan berkanun yang bebas untuk melindungi dan memelihara kanak-kanak.

Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin
Fungsi jawatan Pesuruhjaya Kanak-Kanak ialah memastikan sebarang pencabulan hak kanak-kanak diambil tindakan segera.

Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar
Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suhakam berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menangani masalah penderaan dan sosial melibatkan kanak-kanak, kata Perdana Menteri.

Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan - NGO
Parlimen perlu meluluskan undang-undang bagi mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas dengan dana mencukupi untuk melaksanakan tugas serta peranan suruhanjaya itu.

'Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam
Noor Aziah juga berkata, perlakuan itu membuktikan wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.

Kes penderaan mental dan seksual terhadap kanak-kanak meningkat ketika PKP
Indeks kes penderaan mental dan seksual membabitkan kanak-kanak didapati meningkat ketika negara sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).