awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilih Hajiji sebagai Ketua Menteri adalah tepat - PBS

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/09/2020
09:01 MYT
Pilih Hajiji sebagai Ketua Menteri adalah tepat - PBS
PBS berharap dapat bekerjasama dengan beliau dan menawarkan sokongan dan kerjasama kepada Ketua Menteri dalam pembentukan Kerajaan Sabah yang baharu. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Parti Bersatu Sabah (PBS) menyifatkan pencalonan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu sebagai pilihan tepat.
Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan tersebut selaras dengan cadangan dan pendirian PBS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Sementara parti lain, jelasnya membuat ketetapan memilih Hajiji berdasarkan keputusan pilihan raya pada Sabtu lalu.
“Kami (PBS) yakin, dengan sokongan ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji mampu melaksanakan tugas dengan baik, berdasarkan pengalaman yang luas sebagai menteri kanan di Kabinet Negeri Sabah.
“Pengalaman beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama tujuh penggal amat berharga digunakan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: Hajiji terima watikah pelantikan KM Sabah, angkat sumpah esok
BACA: LAPOR LANGSUNG: Ini masanya untuk kerja, jangan lagi berpolitik
Mengulas lanjut, Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Negeri Sabah dan Sarawak) berkata, beliau percaya Hajiji dapat menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat.
“PBS berharap dapat bekerjasama dengan beliau dan menawarkan sokongan dan kerjasama kepada Ketua Menteri dalam pembentukan Kerajaan Sabah yang baharu.
“Kami yakin bahawa melalui pembentukan Kerajaan Sabah yang baharu, di bawah GRS, akan dapat mencipta pencapaian dan rekod yang boleh dibanggakan,” jelasnya.
Terdahulu, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 daripada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Istiadat Angkat Sumpah dijadual berlangsung pada pukul 10 pagi di Istana Negeri, esok.
Topic Berkaitan
#Maximus Ongkili
#PBS
#Ketua Menteri
#Perdana Menteri
#kabinet
#Parti Bersatu Sabah
#Pengerusi Perikatan Nasional PN Sabah
#ADUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan