KUALA LUMPUR: Akta Dewan Bahasa Pustaka 1959 perlu diperkasakan kerana akta sedia ada, tidak mempunyai hala tuju dan pengisian yang jelas terhadap fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata akta itu, sekadar menentukan struktur peralihan DBP daripada sebuah jabatan kerajaan kepada badan berkanun, sekali gus perlu dipinda seiring peredaran masa.
"Ini penting untuk kita jadikan DBP juga sebagai satu badan penarafan soal bahasa, budaya dan penerbitan, macam SIRIM...DBP dah lakukannya, tapi sebenarnya kita memerlukan aspek legitimasi," katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara hari ini.
Beliau turut mencadangkan, agar kerajaan mempertimbang untuk mewujudkan semula program seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), bagi menyemai semangat perpaduan dan patriotik terutamanya dalam golongan belia dalam negara.
Sementara itu, Senator Manolan Mohamad pula mencadangkan inisiatif Jualan Rahmah dipanjangkan di kawasan luar bandar, pedalaman dan pos perkampungan Orang Asli, kerana harga jualan barang kering di kawasan tersebut pada asasnya lebih mahal berbanding di bandar.
"Barangan hasil daripada golongan luar bandar ini pula dibeli (orang tengah) pada harga amat rendah, jadi daripada aspek ini saya minta FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) masuk supaya orang tengah tidak ambil kesempatan, yang mana harga yang mereka beli jauh rendah dari harga pasaran," katanya.
Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya pula mencadangkan peruntukan kepada Fama ditambah, bagi membolehkan program Jualan Terus Dari Ladang oleh Fama, diadakan lebih kerap di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Akta itu, sekadar menentukan struktur peralihan DBP daripada sebuah jabatan kerajaan kepada badan berkanun, sekali gus perlu dipinda seiring peredaran masa. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.