awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/09/2023
05:36 MYT
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 perlu dipinda bagi memberikan lebih kuasa kepada DBP untuk mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan Bahasa Melayu.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
"Kerajaan Keluarga Malaysia dahulu berpendirian Akta DBP 1959 perlu dipinda bagi memberikan lebih kuasa kepada DBP untuk mengambil tindakan dari segi penyalahgunaan Bahasa Melayu. Tetapi hasrat tersebut tidak sempat dilaksanakan disebabkan peralihan Kerajaan.
"Justeru, saya berharap usaha ini diteruskan dan diberikan perhatian oleh Kerajaan hari ini agar Bahasa Melayu dapat diperkasakan dan digunakan secara menyeluruh," katanya.
Tambah Ismail Sabri, bahasa Melayu masih bergelut untuk mendapat tempat dan dimartabatkan, biarpun sudah 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Ini terbukti apabila masih ada di antara pemimpin negara yang merasa canggung atau lekeh untuk menggunakan bahasa ibunda di pentas antarabangsa.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM), pada Isnin.
Simposium selama dua hari itu dianjurkan oleh Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman (IKK) dan Asean Lecturer Community (ALC), Thai Global Business Administration Technological College serta Rajamangala University of Technology (RMUTT) Thailand, dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri Ke-9 dan Kumpulan UCSI.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#akta dbp
#Bahasa Melayu
#beri kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan