awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/03/2025
10:40 MYT
Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Syed Ibrahim berkata pindaan Akta 711 adalah bagi memastikan perlindungan yang adil dan berbudi bicara kepada pemberi maklumat yang ikhlas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan, tanpa terikat oleh sekatan undang-undang lain, seperti Akta Rahsia Rasmi dan seksyen 203A Kanun Keseksaan.
Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) – Integriti, Governans dan Anti Rasuah, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ia juga demi memastikan perlindungan yang adil dan berbudi bicara kepada pemberi maklumat yang ikhlas.
Beliau berkata, pindaan kritikal itu di harap membawa Malaysia ke hadapan dalam usaha memerangi rasuah dengan menegakkan integriti atau ketelusan undang-undang dan tadbir urus yang baik.
“Kepentingan pindaan terhadap akta ini sudah dinayatakan oleh KRPPM untuk beberapa tempoh. Komitmen kerajaan juga telah diterima bahawa RUU bagi pindaan akta akan dibentangkan dalam masa terdekat.
“Pihak BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang) telah mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh terdiri daripada agensi kerajaan juga masyarakat sivil dalam proses akhir sebelum pindaan dibentangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengenai status pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Syed Ibrahim berkata, laporan interim berhubung dapatan kajian empirikal mengenai pengasingan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan pada tahun ini.
“Pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri pada ketika ini sedang menyediakan laporan berkenaan berdasarkan dapatan kajian itu yang proses penyediaannya dikatakan akan mengambil tempoh setahun.
“Walau bagaimana pun Pasukan Petugas Khas yang telah ditubuhkan telah memperoleh maklumat dan data komprehensif serta menyeluruh, termasuk perkara teknikal, spesifik dan generik yang memberi penekanan kepada 'big picture' pelaksanaan pengasingan peranan AG dan Pendakwa Raya di negara ini,” katanya lagi.
Beliau berkata, pada waktu ini melalui hasil penyelidikan yang dilaksanakan, kerajaan sedang berusaha untuk meneliti model terbaik yang sesuai untuk diadaptasi dalam konteks Malaysia.
Topic Berkaitan
#KRPPM
#Peguam Negara
#Syed Ibrahim Syed Noh
#Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan