KUALA LUMPUR: Langkah melaksanakan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah lebih realistik berbanding cadangan pemansuhan akta berkenaan sebelum ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata berdasarkan dapatan jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada 2019 untuk mengkaji pemansuhan AUKU dan pengenalan akta baharu, ia mendapati pemansuhan akta itu bakal menyebabkan pewujudan perlembagaan universiti yang baharu di semua universiti awam.
Katanya pewujudan perlembagaan baharu di setiap universiti awam itu pula akan mengambil masa yang lama selain akan mengganggu operasi institusi pengajian tinggi itu.
"Sesi libat urus yang dilaksanakan sebaliknya mencadangkan supaya pindaan AUKU dibuat mengikut keutamaan dan berdasarkan permintaan daripada kumpulan sasar iaitu mahasiswa.
"Justeru mengambil kira semua penambahbaikan yang dibuat sejak 1971 hingga kini, kementerian berpandangan lebih realistik pada peringkat ini AUKU ditambah baik di seksyen-seksyen yang dibangkitkan pemegang taruh berbanding dimansuhkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
RUU itu bertujuan menambah baik tadbir urus hingga pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar, dengan melibatkan pindaan enam perkara dalam akta itu.
Antaranya melibatkan Sekyen 16B iaitu memindahkan kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib daripada Naib Canselor kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar bagi pengendalian kes tatatertib di universiti.
Ia turut melibatkan Seksyen 15A bagi membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan pelajar untuk memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekali pun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa, manakala Seksyen 48(4) Jadual Pertama iaitu tempoh lantikan MPP dipinda daripada satu tahun kepada satu tahun 'akademik'.
Pada sesi perbahasan antara Ahli Parlimen yang menyentuh cadangan pemansuhan akta itu ialah Tan Kar Hing (PH-Gopeng) dan Tan Hong Pin (PH-Bakri).
RUU itu kemudiaannya diluluskan dengan kelebihan suara bersetuju selepas 22 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Zambry berkata, pewujudan perlembagaan baharu di setiap universiti awam akan mengambil masa yang lama selain akan mengganggu operasi institusi pengajian tinggi itu. - Gambar Bernama
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Pindaan AUKU lebih realistik berbanding mansuh akta - Zambry
Langkah melaksanakan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah lebih realistik berbanding cadangan pemansuhan akta berkenaan sebelum ini.