KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini ialah bukti komitmen kerajaan untuk menangani isu berkaitan pemberian taraf kewarganegaraan dengan cermat.
Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sudah tiba masanya setiap kes permohonan kewarganageraan yang tertunggak lama diselesaikan dengan kadar segera.
"Saya ulangi komitmen kerajaan hari ini bahawa isu (permohonan) warganegara perlu ditangani dengan cermat. Kes-kes permohonan yang merupakan legasi lama yang membawa kepada pemohon terpaksa menunggu begitu lama, era itu seharusnya berlalu.
"Kita harus selesaikannya dengan berani dan bertanggungjawab," katanya ketika ketika membentang rang undang-undang itu pada hari terakhir bagi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, hari ini sebelum persidangan ditangguhkan petang ini selepas bersidang 19 hari.
Sehubungan itu, beliau berharap semua Ahli Parlimen memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap perkara itu bagi membantu usaha kerajaan mencari keseimbangan antara keselamatan dan kedaulatan undang-undang, serta sikap perikemanusiaan yang patut diberikan kepada pemohon khususnya golongan kanak-kanak.
Saifuddin berkata langkah pindaan itu dibuat dengan tujuan menambah baik kaedah pemberian taraf kewarganegaraan dan bukannya penafian hak kemanusiaan.
Langkah itu menjurus kepada tujuh pindaan, tiga pewujudan dan tiga pemansuhan bagi memenuhi keperluan semasa dalam menentukan keselamatan dan kedaulatan negara, selain memastikan kesejahteraan dan keharmonian negara terpelihara.
"Terdapat keperluan ia dibuat secara lebih berhati-hati kerana cabaran serta keadaan keselamatan negara harus menjadi keutamaan kepada agenda nasional iaitu memelihara rakyat dan negara dari sebarang ancaman keselamatan luar, yang sekiranya jika tidak ditadbir urus secara ketat boleh melumpuhkan sistem pentadbiran negara," katanya.
Selain itu, katanya penilaian dan keseimbangan dari aspek keselamatan dan kemanusiaan dibuat ke atas beberapa cadangan pindaan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.
Beliau berkata pewujudan dikotomi ini bersesuaian dengan objektif KDN iaitu untuk mengekalkan keamanan, keselamatan negara, membanteras segala bentuk ancaman berunsur subversif, ekstremis, espionaj, sabotaj, kekerasan, keganasan dan seterusnya memastikan keharmonian rakyat Malaysia seluruhnya terjamin.
Sebagai sebuah Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), beliau berkata Malaysia tidak pernah menafikan pemberian kewarganegaraan kepada kanak-kanak terdampar di negara ini kerana masih terdapat jalur perolehan kewarganegaraan untuk mereka.
"Kita juga melihat amalan baik yang dilaksanakan oleh beberapa negara lain. Alhamdulillah proses itu telah kita selesaikan dan kemudiannya kita angkat kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-265 pada 21 dan 22 Feb lepas yang telah bersetuju menimbang dan memperkenankan cadangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024," katanya.
Rang undang-undang itu antara lain bertujuan memasukkan fasal baharu (1A) ke dalam Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan, untuk menghendaki mana-mana orang yang berumur bawah 18 tahun yang memperoleh kewarganegaraan melalui pendaftaran, untuk mengangkat sumpah dalam masa 48 bulan apabila mencapai umur 18 tahun.
Selain itu, pindaan pada perenggan (a) Seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan pindaan, bakal menyaksikan seseorang kanak-kanak yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu bermastautin secara tetap di Persekutuan, kini tidak lagi layak untuk mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
Ia juga memperuntukkan hak yang sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan yang mana ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara, untuk memperoleh kewarganegaraan, melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 dijangka dibahaskan pada persidangan berikutnya yang dijadualkan pada Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Saifuddin berkata langkah pindaan itu dibuat dengan tujuan menambah baik kaedah pemberian taraf kewarganegaraan dan bukannya penafian hak kemanusiaan. - Gambar fail/Bernama
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian
Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam masa setahun.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan bukti kerajaan tangani isu dengan cermat
Saifuddin berkata sudah tiba masanya setiap kes permohonan kewarganageraan yang tertunggak lama diselesaikan dengan kadar segera.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Warga asing dominasi bekalan sayur: Perlu tindakan menyeluruh
Isu penguasaan warga asing dalam rantaian perbekalan sayur di negara ini perlu ditangani secara menyeluruh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Bangun sistem khas kawal bekalan diesel, petrol - PPIM
Undang-undang sedia ada sudah memadai sekiranya kaedah penguatkuasaan dan kawalannya dilaksanakan dengan teliti serta efisien.