PUTRAJAYA: Isu penguasaan warga asing dalam rantaian perbekalan sayur di negara ini perlu ditangani secara menyeluruh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kata isu itu memerlukan penglibatan semua pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Ini bukan pendekatan tuding jari. Saya setuju bahawa sampai masanya untuk suatu tindakan menyeluruh membabitkan semua agensi kawal selia untuk melihat perkara ini bukan secara piecemeal (tidak sistematik).
"Sebab itu, semangat yang betul adalah tengok perkara ini secara menyeluruh tentang penguasaan warga asing dalam sektor ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di sini hari ini.
Media baru-baru ini melaporkan situasi berkenaan dan meraih perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang dilaporkan berkata isu itu perlu ditangani Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kerana undang-undang berkaitan adalah di bawah bidang kuasa kementerian terbabit.
Sebagai maklum balas kepada pandangan Fadillah, Saifuddin Nasution berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Fadillah dalam masa terdekat bagi membincangkan isu terbabit.
Beliau berkata sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap isu berkenaan, KDN melihat perkara itu secara serius dan turut mengingatkan warga tempatan agar tidak memberi perlindungan kepada pendatang asing tanpa izin.
"Perbuatan ini (melindungi pendatang asing tanpa izin) adalah salah di sisi undang-undang," katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution meminta orang ramai menyerahkan kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart.
"Sudah ada sejumlah laporan polis, biar hal ini diuruskan oleh polis," katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil pihak KK Super Mart untuk dirakam keterangan minggu ini.
Isu berkenaan tular selepas penjualan stoking itu di KK Super Mart Bandar Sunway dimuat naik oleh pengguna media sosial pada 13 Mac lepas.
Mengenai dakwaan oleh seorang pengacara dan penyampai berita stesen televisyen tempatan bahawa anggota polis bersikap kasar, sombong dan tidak profesional ketika menjalankan tugas, Saifuddin Nasution berkata insiden itu akan diselesaikan secara adil dengan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.
"Saya punya prinsip mudah iaitu dengar kedua-dua versi supaya kita dapat berlaku adil. Hal ini sekarang sedang diuruskan, kita tunggu keputusan," katanya.
Baru-baru ini tular artikel ditulis pengacara terbabit yang mendakwa dilayan dengan teruk oleh dua anggota polis semasa melakukan pemeriksaan terhadapnya di kawasan perumahan USJ 9 di Subang Jaya, kira-kira 1.30 pagi, 13 Mac lepas.
Susulan itu, pihak polis akan memanggil lelaki berusia 30-an itu minggu depan untuk diambil keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Saifuddin berkata kata isu itu memerlukan penglibatan semua pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri dan PBT. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Pembelian asing bagi kediaman di Malaysia dijangka meningkat tahun depan - Juwai IQI
Juwai IQI telah menjangkakan pembelian rumah asing di Malaysia akan meningkat tahun depan walaupun pada kadar yang mampan tidak lebih daripada lima peratus.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.
Polis tahan bapa tiri disyaki rogol remaja 15 tahun
Perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum tampil membuat laporan polis.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.