awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan waktu kerja fleksibel bakal dilaksana Kementerian Sumber Manusia

Bernama
Bernama
17/12/2022
07:06 MYT
Pindaan waktu kerja fleksibel bakal dilaksana Kementerian Sumber Manusia
Sivakumar berkata pindaan berkenaan juga termasuk dalam beberapa pelan lain yang dirancang oleh kementerian itu. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Beliau berkata pindaan berkenaan juga termasuk dalam beberapa pelan lain yang dirancang oleh kementerian itu dan pihaknya sedang mendapatkan maklum balas daripada semua agensi berkaitan untuk mengetahui peranan serta fungsi setiap jabatan dengan baik.
"Saya juga sedang lihat semua dasar-dasar sedia ada dan apa sahaja yang akan saya laksanakan itu akan dibuat selepas saya mendapatkan input. Mungkin saya akan mengambil masa kira-kira seminggu lagi untuk mendapatkan informasi.
"Saya harap perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-29 sesi 2022-2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi hasrat mereka untuk meminta kerajaan menaikkan gaji minimum penjawat awam daripada RM1,200 kepada RM1,800.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata cadangan tersebut telah diutarakan sejak tiga tahun lalu, namun keadaan pandemik COVID-19 dan pertukaran kerajaan menyebabkan ia tidak dapat diteliti secara sempurna.
"Kami mohon kepada kerajaan untuk melihat semula gaji minimum tersebut kerana jumlah gaji tersebut amat jauh ketinggalan.
"Oleh itu sempena penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami cadangkan untuk lihat semula cadangan itu untuk meletakkan gaji minimum kepada RM1,800," katanya.
Terdahulu, lebih 2,000 penjawat awam dari pelbagai kesatuan seluruh negara hadir ke konvensyen yang dilaksanakan di SACC di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#V Sivakumar
#cuepacs
#waktu kerja fleksibel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan