awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pita data CIMB hilang: Polis buka kertas siasatan, kemungkinan cuai

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/11/2017
03:58 MYT
Pita data CIMB hilang: Polis buka kertas siasatan, kemungkinan cuai
Mohamad Fuzi berkata siasatan awal polis mendapati kecuaian menjadi punca kehilangan pita tersebut. - Gambar fail
Polis membuka kertas siasatan berhubung kehilangan pita data sokongan CIMB Bank yang hilang pada 13 November lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan awal polis mendapati kecuaian menjadi punca kehilangan pita tersebut.
“Kita telah buka kertas siasatan dan menjalankan siasatan. Setakat yang kita tahu berdasarkan siasatan, kita belum terima apa-apa petunjuk lagi.
“Mungkin ada sedikit unsur kecuaian melibatkan kakitangan yang mengendalikan pita data tersebut,” katanya pada sidang media selepas program Perhimpunan Pegawai Awam Ke-11 bersama Ketua Polis Negara di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras hari ini.
BACA: Pita data sokongan hilang, CIMB tingkatkan langkah keselamatan
Beliau pada masa sama menafikan sebarang unsur sabotaj dalam kes itu.
Ujarnya, orang awam tidak perlu khuatir akan kes tersebut kerana ia tidak mendatangkan masalah kepada pelanggan.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Kes dikendalikan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Topic Berkaitan
#CIMB
#jenayah
#Ketua Polis Negara
#KPN
#Mohamad Fuzi Harun
#PDRM
#PITA
#Polis Daerah IPD Petaling Jaya
#Seksyen 379 Kanun Keseksaan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan