awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Gerak kerja banci secara bersemuka disusun semula

Bernama
Bernama
14/01/2021
03:08 MYT
PKP 2.0: Gerak kerja banci secara bersemuka disusun semula
Bagi kawasan yang tidak dibenarkan itu, maklumat banci akan dikumpul secara dalam talian melalui platform e-Census (Banci Dalam Talian) dan kaedah panggilan telefon mengikut kesesuaian. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Gerak kerja Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara bersemuka akan disusun semula berdasarkan tiga kategori pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pejabat Pesuruhjaya Banci 2020 DOSM memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) Operasi Pembancian di Lapangan Banci Malaysia 2020 yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara akan digunakan dalam pembancian fasa kedua.
Selain itu menurut pejabat tersebut, pembancian bersemuka pula dibenar untuk dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala tidak dibenarkan di kawasan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Bagi kawasan yang tidak dibenarkan itu, maklumat banci akan dikumpul secara dalam talian melalui platform e-Census (Banci Dalam Talian) dan kaedah panggilan telefon mengikut kesesuaian.
Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata semua pihak memainkan peranan penting dalam bersama melandaikan lengkukan kes COVID-19, sekali gus DOSM telah membuka semula platform e-Census.
DOSM-BANCI 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Berdasarkan respons yang diterima sehingga kini, seramai 8.8 juta atau 27.1 peratus daripada anggaran 32.7 juta penduduk Malaysia telah direkodkan dalam Banci Malaysia 2020.
"Justeru, orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru mengisi maklumat banci secara dalam talian dan bagi mereka yang memerlukan ID untuk mengisi e-Census, boleh berhubung dengan Helpdesk melalui [email protected] atau merujuk kepada DOSM Negeri berdekatan," katanya.
Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan Mohd Uzir yang juga Ketua Perangkawan disahkan negatif COVID-19 hari ini, menerusi ujian saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan kelmarin.
Mohd Uzir akan terus menjalani kuarantin kendiri sehingga 15 Jan dan situasi itu tidak akan menjejaskan urusan pentadbiran DOSM, menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPB
#PKP
#PKPD
#PKPP
#Kementerian Kesihatan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#ujian saringan
#Banci Malaysia 2020
#banci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan