awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0 kali ini dilihat lebih sistematik, dulu kelam-kabut - MTE

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
13/01/2021
23:11 MYT
PKP 2.0 kali ini dilihat lebih sistematik, dulu kelam-kabut - MTE
PKP 2.0 yang dilaksanakan bermula 13 Januari dilihat lebih teratur berbanding pelaksanaan pertama pada Mac tahun lalu. -BERNAMA
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan bermula 13 Januari dilihat lebih teratur berbanding pelaksanaan pertama pada Mac tahun lalu.
Menurut Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, negara kali ini lebih bersedia dari segi aspek ekonomi meskipun enam negeri penjana ekonomi besar terkesan akibat PKP.
“Saya nak membezakan PKP yang baharu iaitu PKP 2.0 dengan yang sebelum ini.
"Kita harus faham bahawa tahun lepas adalah sesuatu yang agak mendadak dan banyak perkara baharu perlu diperkenalkan.
“Sebagai contoh, dulu kita mula menyenaraikan sektor yang dianggap sebagai essential (keperluan) itu dan banyak pertelagahan, maksudnya ada yang mengatakan ini patut masuk dan sebagainya.
“Namun, kali ini, daripada hari pertama lagi, sebelum hari pelaksanaan lagi, sudah dikeluarkan senarai tersebut.
“Jadi bererti kita mengambil pengalaman daripada tahun lepas, jadi saya tengok dari segi sektor keseluruhannya, jauh lebih luas berbanding tahun lepas.
Pelaksanaan PKP kali ini lebih sistematik
Pada masa sama, beliau menjelaskan sektor perniagaan tidak rasmi turut dilihat lebih sistematik dan teratur berbanding PKP sebelum ini.
“Kalau kita lihat dalam sektor yang informal, kalau contoh kita ambil penjaja dan sebagainya, mereka boleh berniaga, kalau dahulu agak kelam-kabut sedikit, tapi kali ini mereka boleh.
“Namun, tatacara SOP itu perlu dipastikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Tambahan pula, kali ini hanya sebahagian berbanding dahulu ia seluruh Malaysia tetapi kini tertumpu kepada negeri-negeri yang agak terkesan akibat COVID-19.
“Memang betul ini adalah negeri-negeri ekonomi lokomotif, tetapi saya percaya kesediaan dengan pengalaman yang lepas, kita harap kesan negatif terhadap ekonomi itu dapat dikurangka,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual menerusi program Agenda AWANI pada malam Rabu mengenai kesan darurat dan pelaksanaan PKP 2.0 kepada Keseimbangan Ekonomi dan Kesihatan.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#Pelaksanaan PKP
#kelam-kabut
#Noor Azlan Ghazali
#Majlis Tindakan Ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan