awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Kita akan jaga punca rezeki Rakyat sebaiknya - Tengku Zafrul

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2021
07:38 MYT
PKP 2.0: Kita akan jaga punca rezeki Rakyat sebaiknya - Tengku Zafrul
Kerajaan juga tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan mahupun ekonomi. - Foto MoF
KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia dan para pelabur bahawa pelbagai sektor ekonomi dan ekosistem kewangan tetap dibuka walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula di beberapa negeri.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan juga tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat dari segi kesihatan mahupun ekonomi terus terbela walaupun pandemik COVID-19 masih meruncing.
"Kita akan menjaga punca rezeki Rakyat sebaiknya. Saya memahami bahawa keadaan yang kita hadapi adalah di luar jangkaan.
"Kerajaan telah berkali-kali membuktikan bahawa kita tidak akan berkompromi di dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi," katanya ketika membentangkan laporan LAKSANA Ke-36 secara maya hari ini.
Beliau pada masa sama berkata, Kementerian Kewangan (MOF) turut memberi jaminan bahawa ekosistem kewangan negara masih berdaya tahan dan mempunyai sistem pengurusan dan pengawalseliaan yang kukuh.
"Anda masih boleh pergi ke bank dan institusi kewangan bagi menguruskan simpanan dan pelaburan anda seperti biasa. Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan akan memudahcara dan memastikan keadaan pasaran kekal kondusif dan teratur dalam tempoh tersebut.
"Dan saya jamin, bahawa ekosistem kewangan kita berdaya tahan dan mempunyai sistem pengurusan dan pengawalseliaan yang kukuh," katanya.
Dari segi perniagaan dan ekonomi pula, Tengku Zafrul berkata sektor pembuatan dan perkhidmatan penting juga masih dibenarkan beroperasi termasuk rantaian bekalan sektor-sektor tersebut.
Katanya, Kerajaan sudah memberi jaminan bahawa bekalan perlu akan dipastikan mencukupi supaya aktiviti ekonomi utama boleh terus berfungsi.
Malah, bagi pengusaha kecil dan mikro, gerai-gerai juga masih boleh dibuka dan beroperasi dalam tempoh ini, walaupun dengan SOP yang lebih ketat, contohnya pembeli hanya boleh membeli secara bungkus.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Kementerian Kewangan
#Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan