awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Pasangan kekasih dikompaun rentas daerah makan angin di tepi pantai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/02/2021
04:33 MYT
PKP 2.0: Pasangan kekasih dikompaun rentas daerah makan angin di tepi pantai
Adzli berkata, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai masih rendah dan paling ketara tidak memakai pelitup muka di tempat awam. - Astro AWANI
SUNGAI PETANI:Seorang lelaki lelaki berusia 47 tahun berasal Jeniang, Sik bersama teman wanitanya berusia 27 tahun dari Bukit Jenun dikompaun RM1,000 kerana kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa makan angin di tepi pantai Tanjung Dawai,
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kedua-dua mereka mengaku melakukan kesalahan merentas daerah kerana bosan berada di rumah dan keluar untuk makan angin di tepi pantai.
Mereka ditahan anggota Tugas Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Tanjung Dawai pada jam 11.10 pagi Jumaaat.
Hasil siasatan mendapati, lelaki itu mengaku telah merentas daerah dari rumahnya di Sik dan mengambil teman wanitanya di Pendang lalu pergi ke Tanjung Dawai.
"Mungkin kita beranggapan dia menggunakan jalan tikus dan lepas, tetapi kita ada pasukan pemantau bergerak dan kita dapat tangkap mereka," katanya.
Bagaimanapun, Adzli berkata, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai masih rendah dan paling ketara tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Sepanjang PKP 2.0 ini, katanya, sebanyak 203 kompaun dikeluarkan kepada orang awam di seluruh daerah Kuala Muda, dan enam tangkapan dilakukan terhadap warga asing.
Daripada jumlah itu, 60 orang pula dikompaun kerana kesalahan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran.
Adzli mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan ketika PKP 2.0 yang disambung sehingga 18 Februari depan.
Ia bertujuan untuk memutus rantaian COVID-19 dari bertambah setiap hari.
Tegasnya orang ramai juga dinasihatkan supaya berada di rumah jika tidak mempunyai sebarang urusan di luar.
Topic Berkaitan
#rentas daerah
#PKP
#COVID-19
#Kekasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan