awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Polis, ATM pantau tiga lokasi sekatan jalan raya di Ampang Jaya

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2021
01:00 MYT
PKP 2.0: Polis, ATM pantau tiga lokasi sekatan jalan raya di Ampang Jaya
Anggota polis dan ATM di sekatan jalan raya susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali kedua yang bermula tengah malam tadi. -Astro AWANI
AMPANG:Sejumlah 145 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dikerah di tiga lokasi sekatan jalan raya (SJR) susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali kedua bermula tengah malam tadi.
Mereka dibantu anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion ke-8, Rejimen Angkatan Melayu Diraja dan dibahagikan kepada empat pasukan pemantau dan dua pasukan tangkapan bagi menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKP.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Mohd Azam Ismail, SJR itu dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk di Desa 288 Jalan Ampang dari ibu negara menghala ke Ampang, Hulu Klang dan Cheras masuk ke Ampang.
"Saya menyeru orang ramai agar mematuhi SOP dari semasa ke semasa dan memberikan kerjasama kepada pihak polis dan ATM untuk menyekat penularan COVID-19," kata Mohd Azam.
Tegasnya, semua pengguna yang melalui SJR perlu mempunyai surat kebenaran untuk melakukan perjalanan atau mempunyai alasan kukuh berada di luar sepanjang PKP.
Kompaun RM1,000 boleh dikenakan kepada pengguna jalan raya yang ingkar.
Dalam pada itu, tambahnya, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut bekerjasama dalam memastikan premis perniagaan mematuhi waktu operasi yang ditetapkan semasa pelaksanaan PKP.
"Pasukan pemantau turut dibantu MPAJ untuk memastikan premis perniagaan yang dibenarkan patuh PKP," kata Mohd Azam.
Topic Berkaitan
#SJR
#SOP
#PKP
#ATM
#polis
#COVID-19
#Ampang Jaya
#Mohd Azam Ismail
#MPAJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan