awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Solat Jumaat di Melaka dibenarkan dengan 45 jemaah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/01/2021
10:46 MYT
PKP 2.0: Solat Jumaat di Melaka dibenarkan dengan 45 jemaah
Bagaimanapun pelaksanaan ceramah umum, kelas pengajian agama dan kelas Al- Quran perlu ditangguhkan sepanjang tempoh PKP sehingga 26 Januari ini.- Gambar hiasan
AYER KEROH:Pelaksanaan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melaka dibenarkan dengan kehadiran seramai 45 jemaah tanpa mengenepikan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, keputusan itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas negeri bagi menghidupkan ‘syiar Jumaat’ di negeri ini.
“Solat Jumaat di semua surau yang diberikan kebenaran sementara kerana COVID-19 boleh diteruskan dengan terhad kepada 45 orang jemaah sahaja sehingga satu tempoh dimaklumkan kelak.
“Selaku pengerusi dan bagi pihak ahli jawatankuasa Fatwa Melaka, kita mohon kehadiran jemaah ke masjid dan surau yang dibenarkan, untuk mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan yang diputuskan Kementerian Kesihatan Melaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Bagaimanapun ujarnya, pelaksanaan ceramah umum, kelas pengajian agama dan kelas Al- Quran perlu ditangguhkan sepanjang tempoh PKP sehingga 26 Januari ini.
“Jabatan Mufti akan memberikan maklumat lanjut kepada masyarakat dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat dan nasihat daripada KKM.
"Perincian lengkap berhubung aktiviti program dan kelas pengajian di masjid dan surau di negeri ini hendaklah merujuk kepada arahan yang dikeluarkan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM),” tambahnya.
Sementara itu, JAIM dalam kenyataan berasingan turut memaklumkan solat fardhu berjemaah di masjid dan surau hanya terhad kepada lima jemaah sahaja.
Jumlah jemaah itu terdiri daripada pegawai masjid dan jawatankuasa yang bertugas selain ruang solat utama mesti ditutup selepas selesai pelaksanaan ibadah berkenaan.
Topic Berkaitan
#SOP
#KKM
#Islam
#fatwa
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#perintah kawalan pergerakan
#Solat Jumaat
#operasi
#COVID-19
#PKP
#sembahyang jumaat
#PKP 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan