awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 3.0: 13 SJR di Kuala Lumpur, Putrajaya

Bernama
Bernama
12/05/2021
22:38 MYT
PKP 3.0: 13 SJR di Kuala Lumpur, Putrajaya
Hampir 400 pegawai dan anggota akan dikerahkan untuk bertugas. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 sekatan jalan raya akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sempena Aidilfitri hari ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta larangan rentas daerah dan negeri.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata antaranya ialah di Jalan Persekutuan, Lebuhraya Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta dan Jalan Ampang berdekatan Bangunan RISDA.
"Hampir 400 pegawai dan anggota akan dikerahkan untuk bertugas," katanya kepada Bernama semalam.
Beliau berkata sejak pelaksanaan PKP di Selangor Khamis lepas, sebanyak 1,472 kenderaan yang cuba keluar dan masuk ibu negara telah diarahkan berpatah balik, antara lain kerana tidak mendapat kebenaran polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata sejak pelaksanaan PKP, sebanyak 313 kompaun telah dikeluarkan ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah tersebut termasuk melakukan perjalanan rentas daerah.
Beliau berkata kesesakan akibat sekatan jalan raya tidak dapat dielakkan kerana pihaknya perlu memeriksa satu persatu kenderaan untuk mengelakkan mereka melanggar SOP PKP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SJR
#Sekatan Jalan Raya
#PKP
#Aidilfitri
#SOP
#polis
#Ampang
#rentas negeri
#rentas daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan