awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
12/05/2021
22:19 MYT
PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Kebenaran itu diberikan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Masjid dan surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan.
Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda, antara aktiviti dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat dengan 40 jemaah lelaki sahaja.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Datuk Osman berkata jumlah berkenaan tidak termasuk ahli jawatankuasa masjid dan surau.
Manakala bagi solat fardu jumlah yang dibenarkan tidak lebih daripada 20 orang.
Kebenaran itu diberikan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Manakala aktiviti keagamaan, program kemasyarakatan dan ziarah kubur masih tidak dibenarkan.
Mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti.
Jawatankuasa masjid dan surau juga di kehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan serta garis panduan dan arahan yang dikelurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#SOP
#Islam
#Aidilfitri
#Sultan Terengganu
#Solat Jumaat
#PKP
#aktiviti keagamaan
#keselamatan
#solat fardu
#masjid
#surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan