KUALA LUMPUR: Seramai 635 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 590 individu dikompaun manakala 45 lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (87), bawa penumpang berlebihan (76), tiada penjarakan fizikal (74), tidak memakai pelitup muka (68), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (51) dan lain-lain (279)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: PKPD di seluruh daerah Seremban mulai 9 Julai
Dalam pada itu, Operasi Benteng (Op Benteng) semalam telah menangkap lapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta merampas tujuh buah kenderaan darat.
"Op Benteng melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta
agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 1,176 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam," ujarnya.