KUALA LUMPUR:Pelbagai alternatif boleh digunakan oleh penggemar sukan dalam memastikan mereka dapat terus mengekalkan kecergasan fizikal dan mental ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang akan berkuatkuasa Rabu ini.

Lantaran itu, dengan peralatan terhad atau sudut yang kecil, anda masih boleh melakukan senaman.

Adaptasi kelaziman baharu sejak pandemik COVID-19 ini pastinya meletakkan orang ramai untuk lebih bersedia mencuba sesuatu yang baharu atau lebih kreatif seperti bermain tennis, badminton atau skuasy tanpa pasangan atau pihak lawan.

Akademik Rafa Nadal, milik pemain tenis nombor satu dunia Rafael Nadal menerusi YouTube berkongsi beberapa tips berguna yang boleh digunakan ketika perintah sekatan pergerakan ini.


1. Hanya berbekalkan raket tenis dan penanda, kita masih boleh bermain tenis berseorangan.

2. Melakukan pergerakan kaki seperti berlari memukul bola tennis.

3. Apa yang penting adalah fokus, itensiti, kordinasi dan berdaya tahan.

4. Permulaannya boleh dimulakan dengan hanya tiga set supaya membiasakan diri dan kemudian boleh meningkat secara berperingkat.

5. Tetapkan masa supaya anda tidak menghabiskan terlalu awal atau cepat lebih.