KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah bersetuju memberi kelonggaran kepada pegawai dan anggota polis untuk masuk ke Sabah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi kerajaan negeri bagi COVID-19 berkata antara syarat perlu dipatuhi ialah pegawai dan anggota yang bertugas di Sabah hendaklah mendapatkan cap Seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 semasa ketibaan.
"Kemasukan ke Sabah hendaklah menggunakan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) atau Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) untuk mendapatkan cap seksyen itu dan mengemukakan dokumen sokongan seperti surat pertukaran atau surat penempatan daripada jabatan untuk berkhidmat di Sabah.
"Bagi tanggungan kepada pegawai dan anggota polis yang bertugas di Sabah, hendaklah menunjukkan bukti hubungan dan mendapatkan cap Seksyen 66(2) Akta Imigresen 1959/63 atau memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang di pejabat Imigresen Sabah dengan segera setelah masuk ke Sabah," katanya pada sidang media perkembangan semasa COVID-19 Sabah di sini, malam tadi.
Sementara itu, Masidi berkata selaras dengan keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan, kerajaan Sabah bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk termasuk perkhidmatan penghantaran makanan dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.
"Aktiviti jualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja. Semua stesen minyak di negeri ini juga dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam," katanya.
Masidi berkata sebanyak 453 kes COVID-19 direkodkan di Sabah ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 45,862 kes dan sehingga semalam, sebanyak 307 kematian dalam kalangan kes positif COVID-19 dicatatkan.
"Daripada jumlah ini, 131 kematian telah dilaporkan daripada wad unit rawatan rapi (ICU), 54 di wad pengasingan atau unit kecemasan manakala selebihnya 122 adalah kematian di luar hospital.
"Kategori umur kematian di bawah 20 tahun mencatatkan seramai tujuh orang, 21 hingga 50 tahun seramai 46 orang, (51-60 tahun) seramai 66 orang, (61-70 tahun) seramai 94 orang, (71-80 tahun) seramai 56 orang, (81-90) tahun seramai 32 orang dan yang berumur melebihi 91 tahun seramai enam orang," katanya.
Beliau berkata kebanyakan daripada mereka yang terkesan teruk daripada jangkitan COVID-19 mempunyai penyakit kronik seperti masalah jantung, diabetes, penyakit paru-paru kronik dan penyakit buah pinggang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021
Masidi berkata kebanyakan mereka yang terkesan teruk akibat COVID-19 mempunyai penyakit kronik seperti masalah jantung, diabetes, penyakit paru-paru kronik dan penyakit buah pinggang. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.