awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP atau tidak di Sarawak akan diumumkan esok

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
10/05/2021
15:00 MYT
PKP atau tidak di Sarawak akan diumumkan esok
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengeluarkan kenyataan berhubung status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi negeri itu, esok.
Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perkembangan lanjut mengenai arahan terbaharu itu akan diketahui selepas mesyuarat yang dijangka diumumkan pada sebelah petang.
“JPBN Sarawak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan perkembangan terbaharu, esok,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelaksanaan PKP di seluruh negara selama 14 hari berkuat kuasa 12 Mei hingga 7 Jun depan.
BACA: PKP seluruh negara: Ini 11 perkara penting yang anda perlu tahu
BACA: 'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi
Perkara itu dimaklumkan Muhyiddin dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 pada Isnin.
"Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.
"Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional," kata Muhyiddin.
Topic Berkaitan
#Douglas Uggah
#JPBN Sarawak
#Pelaksanaan PKP
#Sarawak
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan