KUALA LUMPUR :Selepas Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Sabah dan Melaka, kini semua negeri di dalam Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali Sarawak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP itu dikuatkuasakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021.

Berikut ialah lima fokus utama sidang media Ismail Sabri pada Selasa, 19 Januari 2021:

1) Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali negeri Sarawak dengan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis negeri terbaru dikenakan PKP.

2) PKP di enam negeri tersebut berkuat kuasa pada 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.

3) Penamatan PKPD di Amber Court Apartment, Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar kecuali Blok C dan Blok Sekolah bermula 20 Januari 2021.

4) Kerajaan akan bincang aduan orang ramai berhubung waktu operasi kedai makan yang singkat, hanya sampai 8.00 malam.

5) PDRM menahan 590 individu atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 553 telah dikompaun, 35 individu direman manakala dua dijamin.

BACA: PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari - Ismail Sabri