Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah dinasihatkan supaya tidak menghentikan atau menamatkan khidmat ataupun memotong gaji kakitangan masing-masing, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata ini bagi memastikan kakitangan terbabit masih memperoleh gaji bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mencabar ini.
Mohd Shafie berkata kerajaan negeri akan mengambil beberapa langkah proaktif dalam membantu syarikat-syarikat GLC bukan sahaja bagi memulihkan pengurusan kewangan tetapi juga pentadbiran sekali gus memastikan pekerja dikekalkan.
"Syarikat-syarikat GLC juga diminta mengambil beberapa langkah termasuk memberi input kepada Kementerian Kewangan (Sabah) tentang apa sebenarnya keperluan mereka dalam usaha meringankan beban operasi selepas PKP berakhir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bantuan kewangan bagi Tabung COVID-19 Sabah daripada syarikat GLC, syarikat swasta, dewan perniagaan dan badan-badan berkanun dalam satu majlis ringkas di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, pada Rabu.
BACA: Persatuan usahawan dakwa premis milik kerajaan, GLC masih minta sewa
Sebanyak tujuh syarikat berkaitan tampil menghulurkan bantuan kewangan termasuk Sawit Kinabalu Sdn Bhd; Perbadanan Pinjaman Sabah; Sabah Fish Marketing Sdn Bhd; dan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia pada majlis itu.
Turut memberi sumbangan adalah Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah; Borneo Development Corporation (Sabah) Sdn Bhd; dan Timatch Sdn Bhd.
Mohd Shafie berkata Tabung COVID-19 Sabah berjaya mengumpul RM15.92 juta sejak ia dilancarkan pada Mac lepas bagi membantu rakyat terkesan dalam tempoh (PKP) selain menampung keperluan petugas barisan hadapan di negeri ini.
"Setakat ini, kerajaan negeri telah mengutip RM11 juta pada minggu lepas, dan pada hari ini, sebanyak RM4.92 juta disumbangkan oleh pelbagai badan GLC dan juga pihak swasta," katanya.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata setakat ini seramai 358,031 rakyat Sabah telah menerima bantuan COVID-19 di seluruh negeri melibatkan peruntukan RM71.4 juta.
"Saya juga telah memaklumkan kepada pejabat daerah selain menggerakkan kira-kira 3,000 anggota Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat untuk menjangkau seramai mungkin rakyat yang berada di daerah terpencil supaya mereka ini dapat menerima bantuan," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri juga akan memberi bantuan kewangan RM500 kepada anggota perkhidmatan awam gred 54 ke bawah termasuk anggota perkhidmatan bergaji harian, dan bantuan ini akan disalurkan pada bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 22 2020
Mohd Shafie berkata Tabung COVID-19 Sabah berjaya mengumpul RM15.92 juta sejak ia dilancarkan pada Mac. - Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.
Israel nafi akses 51 peratus misi bantuan dirancang ke utara Gaza
UNRWA berkata, keterjaminan makanan di utara Gaza mencapai keadaan sangat kritikal.
Mesir bantah keputusan penarikan bantuan ke Palestin
Ia akan membawa kepada lebih banyak penderitaan bagi rakyat Palestin yang memerlukan bantuan mendesak.