awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Jenayah siber catat peningkatan 283 kes di Selangor

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/04/2020
08:58 MYT
PKP: Jenayah siber catat peningkatan 283 kes di Selangor
Kes jenayah siber di Selangor meningkat 53 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. - Foto Astro AWANI.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa masyarakat menggunakan platform atas talian untuk melakukan urusan harian namun ia juga membuka peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Ini dapat dilihat menerusi jumlah kes jenayah siber di negeri Selangor sejak PKP dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 15 April lalu yang menunjukkan peningkatan sebanyak sebanyak 53.80 peratus atau 283 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, dalam keadaan ini orang ramai perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan situasi berkenaan sebelum menjadi mangsa penipuan.
“Orang ramai perlu lebih bijak dalam mengendalikan sebarang panggilan yang diterima dari mana-mana pihak yang mengakui Polis atau mana-mana agensi penguatkuasaan.
“Tiada sebarang bentuk panggilan memerlukan pendedahan nombor akaun dan butiran peribadi dan sekiranya ia berlaku pastikan panggilan diputuskan serta merta”, katanya Ketika siding media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
STATISTIK JENAYAH SIBER & MULTIMEDIA DI SELANGOR
  • Penipuan Atas Talian - Peningkatan (26) kes dengan peratusan kenaikan 25.49%
  • Penipuan Pinjaman Tidak Wujud - Peningkatan (6) kes dengan peratusan kenaikan 9.1%
  • Penipuan E-Dagang - Peningkatan (89) kes dengan peratusan kenaikan 189.36%
Dalam pada itu pihaknya turut mengingatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya menerusi iklan di laman sosial berhubung pinjaman peribadi dan tidak sewenang-wenangnya memberikan nombor akaun bank dan nombor pin kepada pihak yang tidak dikenali.
Topic Berkaitan
#jenayah siber
#kontinjen Selangor
#laman sosial
#PDRM
#PKP
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan