awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Klinik haiwan dibenar beroperasi berdasarkan temu janji sahaja - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
26/04/2020
06:51 MYT
PKP: Klinik haiwan dibenar beroperasi berdasarkan temu janji sahaja - Ismail Sabri
Kerajaan, kata Ismail Sabri, memahami kesulitan masyarakat untuk membawa binatang peliharaan mereka seperti kucing ke klinik haiwan ketika PKP dilaksanakan. - Gambar hiasan
Kerajaan bersetuju membenarkan klinik haiwan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun, operasi klinik haiwan hanya dibenarkan menerusi temu janji sahaja.
"Kerajaan bersetuju membenarkan klinik haiwan atau klinik veterinar dibenarkan beroperasi tetapi perkhidmatan berdasarkan temu janji.
"Pemilik haiwan boleh menghubungi klinik berdekatan untuk mendapatkan tarikh temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan berlaku di klinik veterinar," katanya dalam sidang media harian di sini pada Ahad.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira permohonan serta permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat terutama pemilik haiwan peliharaan mereka ketika PKP dilaksanakan.
Dalam sidang media yang sama, Ismail turut memaklumkan bahawa kerajaan telah mengagihkan 24.8 juta keping topeng muka atau 88.1 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dibeli dari luar.
Proses pengagihan baki topeng muka berkenaan, kata beliau, dijangka selesai dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#klinik haiwan
#menteri
#PKP
#Putrajaya
#Temujanji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan