awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Penghulu mukim wajib jalankan bancian keperluan makanan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
26/06/2021
01:48 MYT
PKP: Penghulu mukim wajib jalankan bancian keperluan makanan
Setakat ini, Md Alwi menjelaskan, beliau tidak menerima sebarang laporan berlaku kes terputus bekalan makanan dalam kawasan yang diwakilinya. - Astro AWANI
KETEREH: Semua penghulu mukim kini diwajibkan mengemukakan laporan mingguan dan menjalankan bancian keperluan makanan antara rumah ke rumah.
Ini antara langkah dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Seri Md Alwi Che Mat bagi memastikan tiada individu berada dalam kelaparan dan terputus bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya sentiasa bermesyuarat dengan penghulu dan kini mereka diwajibkan untuk mengenal pasti siapa yang susah, kemudian harus laporkan selain diberi bantuan," jelasnya.
Katanya, penghulu mukim memainkan peranan penting menyampaikan maklumat dan situasi isi rumah pada waktu PKP ini.
Setakat ini, Md Alwi menjelaskan, beliau tidak menerima sebarang laporan berlaku kes terputus bekalan makanan dalam kawasan yang diwakilinya.
Peruntukan yang disalurkan sama ada daripada Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan sepanjang PKP antaranya, bantuan RM200 untuk 250 usahawan kecil dan peniaga, bantuan untuk 1,000 orang ibu tunggal dan warga emas serta bantuan makanan untuk 1,800 golongan daif atau orang miskin.
Topic Berkaitan
#bancian
#makanan
#kelaparan
#Terputus bekalan makanan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan