PUTRAJAYA: Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh perlu dilaksanakan di Selangor, kaedah yang dilakukan haruslah berbeza, berbanding dengan pelaksanaannya semasa PKP 1.0, kata Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani COVID-19 Selangor (STFC) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, situasi semasa jangkitan COVID-19 di negeri itu memerlukan pendekatan yang berbeza, iaitu ia mesti bersekali dengan tindakan-tindakan yang dapat menghentikan penularan COVID-19.
Dr Dzulkefly menegaskan bahawa, tempoh sekatan pergerakan (lockdown) selama dua minggu tidak cukup untuk benar-benar menghentikan jangkitan virus tersebut, terutamanya jangkitan yang membabitkan kluster yang mempunyai beberapa generasi.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, jika PKP penuh itu dilakukan nanti, ujian saringan secara besar-besar yang disertai dengan suntikan vaksin harus dilakukan ke atas kawasan-kawasan panas (hotspot), termasuk kawasan perindustrian dan perkilangan bagi membentuk 'ring vaccination' bagi mencegah penularan wabak tersebut ke kawasan lain.
"Selain itu penggunaan aplikasi digital harus dioptimumkan, bagi mengesan kontak-kontak rapat selain mengurangkan tugas barisan hadapan, ekoran penyediaan 'paperwork' yang banyak ketika merawat pesakit," katanya.
Beliau turut mencadangkan bagi proses vaksinasi ke atas semua penduduk di Malaysia, pemberian dos pertama patut dijalankan kepada seramai mungkin, dengan melambatkan fasa pemberian dos kedua.
"Jika kita menumpukan untuk memberi dos pertama vaksin kepada seramai mungkin, kita akan segera mencapai tahap imuniti kelompok, memandangkan dos kedua adalah berperanan sebagai 'booster' kepada dos pertama tadi," katanya.
Pada masa yang sama, beliau turut menasihati rakyat di Selangor khususnya untuk segera mengadaptasi norma baharu dalam kehidupan mereka, iaitu dengan mengamalkan semua prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, bagi mengelakkan jangkitan selain mengambil langkah melakukan sekatan pergerakan kendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Dr Dzulkefly menegaskan tempoh sekatan pergerakan (lockdown) selama dua minggu tidak cukup untuk benar-benar menghentikan jangkitan. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta - Dr Dzul
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta dan dikekalkan pada kadar RM80 sejam.
Cadangan wujud kawasan khas merokok belum dimuktamad - Dr Dzulkefly
Syor bagi mewujudkan kawasan khas merokok khususnya di premis makanan yang mempunyai kawasan sempit masih belum dimuktamadkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Doktor kontrak: KKM masih tunggu perincian skim baharu - Dr Dzulkefly
KKM masih menunggu perincian tentang pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam, khususnya golongan doktor di negara ini.
Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.
Jumlah kes COVID-19 dijangka menurun Januari ini
Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 dijangka menurun bulan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Biarpun kecewa, Dr Dzul tetap sokong RUU Kawalan Produk Merokok 2023
Pengguguran klausa GEG akan menyukarkan pengurangan kadar aktiviti merokok Malaysia daripada 21% kepada bawah 5% menjelang 2045.
Kerajaan disaran laksanakan sistem penggal tetap Parlimen
Ia bagi memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun.
Adakah Malaysia bersedia gelombang baharu COVID-19?
Katanya, ramai rakyat China disahkan positif sejurus pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.
PRU15: Izinkan Perdana Menteri selesaikan tugas untuk rakyat dahulu - Dr Dzul
PM tidak sewajarnya ditekan oleh pimpinan UMNO untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15, kata Dr Dzulkefly.