KUALA LUMPUR: Suasana di beberapa pasar raya dilaporkan sesak sejak pagi tadi ekoran pengumuman sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' yang bakal berkuat kuasa Selasa depan.
Tinjauan Astro AWANI di pasar raya besar Mydin, USJ mendapati keadaannya hampir sama seperti pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, namun dalam keadaan lebih 'tenang' dan terkawal.
Rata-rata mereka yang ditemui mengakui pengalaman berdepan dengan PKP 1.0 membuatkan mereka membuat pembelian mengikut keperluan.
Seorang pekerja swasta, Marina Djapar, 41, berkata, berbeza dengan PKP 1.0, kali ini dia membeli barang mengikut keperluan.
"Dulu kita tidak tahu, jadi beli dan buat stok. Sekarang kita dah tahu, kedai-kedai masih lagi beroperasi, jadi tak perlu beli banyak, cukup sekadar untuk keperluan satu atau dua minggu," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelanggan, Bala Subramaniam, 57, berkata, dia membuat persiapan awal 'lockdown' dengan membeli barangan keperluan untuk seminggu.
"Pada masa yang sama, saya mengamalkan aspek keselamatan dengan memakai sarung tangan dan pelitup muka," katanya.
Bagi pensyarah sebuah kolej swasta, Moh Jamil Jelani, 59, meskipun orang ramai keluar membeli barang keperluan, namun kuantitinya tidak seperti PKP 1.0.
"Hari ini memang ramai, tapi tak seperti PKP 1.0. Orang ramai dah sedar dan sudah tahu membuat perancangan awal," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin menjangkakan, jumlah orang ramai yang bakal menyerbu pasar raya untuk membeli barangan keperluan susulan sekatan penuh dijangka meningkat dalam satu atau dua hari ini.
Namun begitu katanya, berbeza dengan PKP 1.0, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada kali ini berada di tahap yang sangat baik.
Bagaimanapun katanya, bekalan makanan adalah mencukupi dan justeru orang ramai tidak perlu bimbang membuat pembelian panik.
"Kalau hari-hari biasa, pada satu-satu masa, kita boleh merekodkan 100 hingga 150 pelanggan keluar masuk, tapi hari ini, kita merekodkan hampir 800 pelanggan pada setiap jam," katanya.
Ditanya mengenai bekalan roti, beliau berkata, semua pembekal termasuk syarikat pembuatan roti dijangka meningkatkan kapasiti bekalan selaras dengan permintaan orang ramai.
Umavathi Ramayah
Sat May 29 2021
Rata-rata mereka yang ditemui mengakui pengalaman berdepan dengan PKP 1.0 membuatkan mereka membuat pembelian mengikut keperluan. - Foto Astro AWANI
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Polis Perlis guna water barrier di 'laluan tikus', jaga keselamatan penduduk
Polis Kangar menggunakan hadangan air atau 'water barrier' berbanding concrete barrier di beberapa 'laluan tikus' di sempadan Perlis-Kedah.
PKP Penuh: 43 lokasi Pasar Segar Terkawal dibuka - FAMA
PST diwujudkan bertujuan memberi akses pilihan kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan, dengan penawaran penjimatan lima hingga 20 peratus.
PM umum Pemerkasa PLUS, bantuan RM40bil untuk rakyat hadapi PKP 3.0
Usaha itu merupakan inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat di segenap pelusuk negara.
Jenazah pesakit COVID-19 pun kami uruskan, semuanya percuma - Sentuhan Setia Kasih
Kos pengurusan jenazah boleh mencecah RM1,000, mungkin kurang, mungkin lebih mengikut lokasi namun dengan Sentuhan Setia Kasih, mereka sediakan semuanya secara percuma.
DAP bidas menteri Sarawak keluar kenyataan bercanggah, kelirukan rakyat
Di sebalik kekalutan berdepan pandemik, kenyataan bercanggah antara pemimpin di laman media sosial amat mengelirukan rakyat, kata Chong Chieng Jen.
PKP penuh? Tunggu pengumuman sebelum 4 Februari - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, pelbagai aspek akan diambil kira khususnya kesan pelaksanaan PKP penuh itu kepada sektor ekonomi dan kesihatan.