KUALA LUMPUR: Solat sunat tarawih dan Aidilfitri di seluruh Wilayah Persekutuan yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan berdasarkan kapasiti masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter berkuat kuasa Jumaat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata kebenaran yang hanya dilaksanakan di kawasan kariah masing-masing itu turut membenarkan ibadah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan.

Mohd Ajib berkata ketetapan baharu yang diumumkan Jawi itu diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras pengumuman terkini kerajaan berhubung perkembangan PKP.

"Aktiviti qiamullail dibenarkan 100 orang sahaja mulai jam 5 pagi dengan penjarakan fizikal 1.5 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah antara ketetapan baharu berhubung ibadah solat dan aktiviti keagamaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan:
  1. Kawasan PKP (Kuala Lumpur)

  1. Kawasan PKPP (Putrajaya dan Labuan)

-- BERNAMA