awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB di Labuan disambung lagi dua minggu - Ismail Sabri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/11/2020
10:25 MYT
PKPB di Labuan disambung lagi dua minggu - Ismail Sabri
Keputusan itu dibuat selepas terdapat pertambahan 35 kes baharu sehingga 12 November. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang sebelum ini dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 6 Disember.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas terdapat pertambahan 35 kes baharu sehingga 12 November yang menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di kawasan itu kini sebanyak 1,135 kes.
“Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB Labuan bermula 14 November sehingga 6 Disember.
“PKPB ini masih perlu dilaksanakan bagi mengekang penularan dan memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk melaksanakan Active Case Detection di kawasan-kawasan bersasar yang dikenal pasti berisiko tinggi,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki, Kuching berkuat kuasa hari ini (13 November) lebih awal dari yang dijadualkan.
“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Kg. Haji Baki, Kuching bermula 28 Oktober sehingga 10 November dan kemudian dilanjutkan lagi sehingga 24 November.
“Pengumuman pelanjutan PKPD ini dibuat atas nasihat KKM disebabkan masih terdapat banyak keputusan ujian makmal yang masih belum diperolehi pada ketika itu.
"Bagaimanapun, sehingga 12 November, kesemua keputusan ujian saringan makmal telah diperolehi dan tiada lagi kes positif baharu dikesan sejak tujuh hari lalu,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PKPB
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#KKM
#ismail sabri yaakob
#Ismail Sabri
#menteri
#Menteri Kanan
#Menteri Pertahanan
#Sambung
#tamat
#PKPB sambung
#PKPD tamat
#COVID-19
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan