Fasa nasihat dan amaran kepada mereka yang sewenang-wenangnya mengabaikan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah berakhir.
Demikian penegasan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai reaksi beliau terhadap laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa banyak kes ketidakpatuhan terhadap peraturan dan SOP PKPB sewaktu pemeriksaan dijalankan di seluruh negara.
Ismail Sabri mungkin mengeluarkan amaran sedemikian memandangkan baru sahaja 10 hari sejak PKPB dilaksanakan bermula 4 Mei lepas, namun sudah ramai yang menunjukkan 'taring' ketidakpatuhan mereka kepada SOP PKPB.
Dapat dilihat, di pelbagai lokasi, terutamanya pusat membeli-belah, pasar awam, malah di tempat kerja, peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan mula dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak.
Situasi ini menggambarkan seolah-olah orang ramai mula mengambil mudah keseriusan kerajaan dan barisan hadapan yang berhempas pulas menentang dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, musuh yang tidak kelihatan ini.
Mungkin juga terlalu selesa dengan angka-angka semasa COVID-19 di negara kita, misalnya semalam apabila mencatat hanya 16 kes positif baharu, terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac.
Disebabkan perkara-perkara seperti ini, maka tidak hairanlah apabila semalam kerajaan memutuskan fasa nasihat dan amaran berakhir dan mereka yang didapati melanggar SOP PKPB akan dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut Ismail Sabri, mereka yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, beliau berkata rakyat perlu terus mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan di bawah PKPB atau berhadapan pengenalan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini.
Sebenarnya, kita semua sebagai rakyat tahu bahawa kitalah yang boleh menentukan sama ada PKP ini boleh ditamatkan atau tidak.
Sudahlah tidak dapat balik kampung menyambut Aidilfitri kali ini kerana PKPB, jangan disebabkan sikap kita sendiri situasi sama pula turut berlaku pada Hari Raya Aidiladha akan datang.
Seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, "Marilah buktikan kepada dunia yang kita boleh lakarkan sejarah dengan memutuskan rantaian penularan COVID-19 dan elakkan berlakunya gelombang kedua."
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 13 2020
Kita semua sebagai rakyat Malaysia tahu, kitalah yang boleh menentukan sama ada PKP ini boleh ditamatkan atau tidak. - Gambar hiasan
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.